Thursday, July 7, 2011

Tinggal Dengan Mentua..Ada Masalah ker??

Hari ini genap 1 tahun 5 hari aku tinggal bersama dengan mentua..


Tak ada masalah ker? mungkin baru lagi..tengok lah lagi 2,3 tahun..
(sambil tersenyum biawak)


Dammmnn!!! Dussshhhh!!!! soalan yang tak perlu kamu tanya sepatutnya..
Patut kamu bagi sokongan dan kekuatan pada aku untuk melalui hari2 sebagai menantu @ anak
Ini tidak..hanya memberi tanggapan negatif..
Memang semua orang yang dah berkahwin ada cita2 nak memiliki rumah sendiri..aku pun tak terkecuali tau. Saper tahu hati ini teruja bila tengok rumah baru. 


Kenapa tak menyewa..tak jauh ker nak pergi keje..


Kalo nak dah lama kan aku menyewa..tapi ada sebab2 tertentu yang  buat kami tidak menyewa. Jauh tu memang jauh la..tapi aku rasa tak susah pun (errrrrrr kenapa aku tak jawab mcm nie tadi..) kenapa dalam blog boleh jer aku jawab~~


Mungkin ramai yang berpendapat tinggal dengan mentua mendatangkan banyak masalah atau perkara negatif samada dari mentua atau menantu itu sendiri.


Bagi aku yang paling penting kita pandai bawak diri, kawal emosi, jaga tingkah laku, perasaan dan lakukan segalanya dengan ikhlas.


Tepuk dada~~Tanyalah Diri Masing2.

4 comments:

Ms Z said...

hee.. epy belated anniversary!! :D

Ros Diana said...

Thanks..=)

liyana abu bakar said...

aku pn tinggal ngn mertua yana, suami aku xde pn kt uma tu... yg penting kte kne pndi bw diri yana. alhamdulillah mak mertua aku ok.. dh setahun lebih aku dok.

rosdiana said...

Liyana : pandai2 kita bawak dirikan.bukan senang..jangan pk negatif itu jer.

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)