Friday, July 1, 2011

Tiket Percuma Transformer 3 Berbaloi ker??

Cerita Semalam - 30.6.2011

Orang cakap kalo kita terima berita baik..kita akan terima 3 ari berturut2..mcm tu jugak kalo berita tak baik.betul ker????
Alhamdulilah bukan aku pregnant, tapi rabu yang lepas aku dah lulus dalam semua ujian untuk perkhidmatan awam seronoknyer tak terkata. Semalam pulak aku dapat 2 tiket percuma transformers untuk tayangan amal sempena tarikh lahir aku yang akan tiba nie. Terima Kasih lah kepada pihak yang berkenaan. 


Satu untuk en suami~~satu untuk aku


Aku pun apa lagi call en suami ..konon2 nak wat suprise~~
Siap bagi kupon makan free lagi untuk 2 orang.
Korang nak tahu apa yang berlaku selepas tu~~
sebab dah excited sangat maklum ler x pernah dpt tiket free..aku lupa nak call pihak penganjur tanya kedudukan seat, memang ada tulis.. tapi aku dah blur2 kan seat tu depan ke belakang..

Sampai sana aku baru lah terhegeh2 nak tanya urusetia kat situ..

" kak tolong check untuk saya seat ni kat bahagian mana??"
" Seat ni bahagian depan dik"
"Terima kasih kak - (dengan hampanya)"

Aduh dah sampai lak tu mampus nak bagi tahu en suami..sebab aku tahu en suami punya perangai kalo tengok wayang seat kena kat tengah2 dan atas cikit baru puas ati nak tengok..ambik makanan dulu lepas tu baru bagi tahu en suami. Mcm mana nie..debar2 aku.. sure kena perli jap lagi nyampah betul!!!

Nak tak nak sebelum masuk kena lah bagi tahu en suami..
seat bahagian depan~~ memang mendongak la..
Lepas tu en suami x nak masuk..tahu en suami jawab aper..
abg mampu lagi nak belikan tiket untuk manja. Aku bukan apa..aku excited sangat dapat tiket free. Ala kita cubalah masuk dulu tengok mcm mana. Pujuk rayu aku tak pernah tak dapat kan..en suami masuk juga. Memang seat bahagian depan cukuplah setengah jam aku tengok..memang tak boleh blah nak bulau biji mata .. nak patah tengkuk aku. Hampeh betul tak pernah umo hidup aku tgk wayang duduk seat depan..

Kami keluar..en suami perli aku uaaaarggghh benci!!!

Tadi sampai opis aku tanya kepada yang berkenaan..uper2nya penerima drpd penganjur tak double confirm pun seat tu..jadi mereka letak jer. sebab yang lain2 dah pilih seat awal2 huhuhuuhu..Ape pun terima kasih banyak kepada yang berkenaan. Walaupun sempat tengok sekejap.. memang tak berbaloi!!





No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)