Thursday, July 21, 2011

Tazkirah Pagi : Keikhlasan Bekerja

Selamat pagi semua..

Sedikit renungan yang boleh kita kongsi bersama sebelum kita memulakan kerja..untuk mendapat keberkatan dengan Allah perlu ada keikhlasan di dalam hati dalam melaksanakan tugasan harian.
4 kunci untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah iaitu:
  1. Ikhlas – sepenuh hati dan ikhlas dalam melaksanakan tugasan/kerja.
  2. Menjaga hubungan dengan ALLAH – segala kerja yang lakukan mestilah berhubung dengan Allah. Buat sesuatu kerja kerana Allah dengan keikhlasan hati.
  3. Muadjaddah – Buat sesuatu kerja mestilah bersungguh-sungguh. Ikhlas melaksanakan kerja dengan kesungguhan dan amanah demi Allah.
  4. Muhasabah – menilai/meneliti kembali kerja yang dilakukan untuk mendapat kerberkatan dari Allah. Kerja yang kita buat mestilah mengikut tempoh yang dah ditetapkan dan jika kita menggunakan masa tersebut pastikan kita menggantikan semula supaya kita mendapat keberkatan dari Allah (tapi aku selalu jer mencuri masa waktu bekerja..hari ini kena berubah walaupun sedikit..curi masa updet dan tengok blog hehe)
Ok kawan2 mari kita mulakan kerja, tak kiralah bekerja dipejabat ker, berkerja sendiri atau surirumah tangga. Bekerja dengan ikhlas InsyaAllah rezeki kita akan dilipat gandakan lagi.

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)