Wednesday, July 27, 2011

Suami Curang Punca Stress

Selamat Pagi Malaysia..
Pagi-pagi sampai office tergerak hati pulak nak baca surat khabar..dah selak2 baca dah setengah muka surat  baru perasan surat khabar 20 Julai 2011 (Rabu). Aku nie selalu jer baca berita yang dah lepas.. Ada berita menarik yang aku nak kongsi bersama..ceh korang dah baca..aku jer baru nak baca ngehngeh~~


Faktor Wanita Malaysia Mengalami tekanan perasaan :
  • Terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan
  • Mengambil serius persepsi orang lain terhadap diri dan keluarga
  • Bekerja kuat untuk mendapatkan pengiktirafan majikan
  • Terlalu serius terhadap pelajarn anak-anak
  • Menggalas tanggungjawab menjaga keluarga
  • Terlalu dikongkong oleh keluarga
  • Berhenti kerja untuk menjadi suri rumah
Hasil kajian yang dibuat mendapati wanita Malaysia menduduki tangga ke 16 paling tertekan. Maknanya wanita lebih ramai tertekan berbanding kaum lelaki. Daripada 7 faktor itu faktor 1 jer aku nak ulas, wanita tertekan kerana terlalu berusaha untuk menjaga hubungan dengan pasangan. Ramai wanita sedaya upaya menyelamatkan hubungan walaupun sudah tiada harapan. Kadang2 wanita akan rasa curiga  dan syak wasangka terhadap suami..walaupun sebenarnya tiada apa2 pun. Sebab itu wanita cepat tersinggung, merajuk, ambil hati, kecik hati dengan pergaduhan kecil kerana mereka terlalu sayangkan perhubungan sehingga kadang2 mereka ketepikan ego demi menjaga hubungan atau demi anak2.
 

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)