Wednesday, July 6, 2011

Our 1st Anniversary

Sebenarnya inilah jalan cerita utama..Tapi sebab exited sangat nak masukkan gambar kawin dulu aku tangguh2 cerita ulang tahun perkahwinan kami yang pertama nie..

Kami sambut 1st anniversary dalam bilik atas katil berdua-duaan..
tetapi ada cerita disebaliknya yang boleh dikatakan sedih jugaklah..uuaaawwrrrggghhhh
Sebenarnya kami ada bincang2 nak celebrate anniversary kami dengan percutian. Tapi sebab en suami sibuk sangat aku diamkanlah. Aku pun taklah rancang apa2 cuma ada bagi tahu pada en suami nak sambut tempat yang ala resort atau water chalet. 

Sampai masa 2.7.2011 (Sabtu) en suami ajak pg PD. Aku cakap kita tak booking mana ada kosong nak2 weekend. En suami cakap kita cuba jerlah..Aku pun excited la kemas2 beg dan masukan hadiah yang aku dah siap balut jumaat malam tu. So en suami tak tahu ada suprise untuk dia.

Korang tahu sampai sana jam 12.30 tengahari sebelum tu aku ada lah google cari tempat2 menarik kat PD. Kami pergi The Legend Water Chalet  sampai sana Full, aku tanya pulak The Legend International Water Home harga mak oii mahalnya tapi Full juga, kemudian en suami cuba nasib Avillion yang ada water chalet jawapan yang sama Full. Tak tahu lagi mana ada water chalet aku teringat Gold Coast Sepang yang baru tu. En suami drive ke sana ikut jalan lama dari PD nak mabuk aku ikut jalan lama, sementara tu aku bukak netbuk cari no Gold Coast Sepang. Aku Call dan tanya bahagian reservation yang biasa harga rm 800 semua full , lagipun budget kami satu malam rm400 jer yang ada pun harga 1700++ tak mampu lagi untuk harga semahal tu..mahalnya tapi teringin sangat nak kesitu~~

Last2 en suami pusing balik ke PD. Aku tengah sakit hati nie..terus muddy. Tak nak cakap apa2 dalam kereta sebab en suami tak rancang untuk 1st anniversary kami. Aku sedih tau!!!!! Aku Merajuk mcm nak rak nangis sampai bengkak mata. Padahal hal kecik jer. boleh jer pergi mana2 hotel kalo nak. Tapi aku berkeras sebab ego dan merajuk.

Kami pulang semula ke Melaka dgn hati yang lara dan sakit hati yang amat sangat. Petang tu en suami terus bawak aku pergi makan sebab memang perut dah lapar sangat~~

  • En Suami bawak makan kat sini..dalam marah2 tu sempat plak aku snap gambarkan. nanti tak ada cerita pulak hehe.

Orange Juice untuk aku dan Ice Blend Choclate Extra untuk en suami


Padahal dah ada macaroni chese en suami order lagi sepinggan macaroni chese. en suami memang hantu chese. Siap dia cakap suruh aku belajar mcm mana nak buat. Korang nampak kek secret recipes kat tepi tu..kami tak makan pun sebab dah kekenyangan sangat.



Tak banyak pulak kali nie gambar kami berdua..sebab masing2 rasa bersalah dan serbasalah. Ape pun terima kasih banyak abg dalam manja marah2 abg sejukkan ati nie. Terima kasih belanja semua ini. Manja tahu abg dah cuba buat yang terbaik untuk manja. 

Sampai jer rumah dah malam..Aku keluarkan hadiah yang aku beli jumaat ari tu. Lepas tu en suami keluarkan hadiah die pulak dalam satu beg pakson..sebenarnya aku dah nampak pun beg plastik tu ada beg coklat tapi aku tak tahu ada satu lagi kotak bear cute bersamanya. 




Kek yang kami beli petang tadi..tapi tak sempat nak makan sebab dah tak boleh nak masuk kenyang sangat!!!



Our 1st anniversary .. kami sambut atas katil jer huhuhu


Hadiah untuk en suami..balutan pun tak kemas nak cepat hikhik pembalut pun aku rembat kat opis. Siap pink colour lagi. En suami senyum jer tengok ada hadiah untuk dia.


Ini pulak hadiah dari en suami untuk aku. Cute kotak kecil tu.Aku bukak dulu hadiah yang en suami bagi..hilang sudah merajuk aku.


Jeng..jeng..jeng..


Versace perfume~Abg terima kasih~~mahalnya..sobsob gaji manja pun belum tentu cukup untuk beli..manja suka sangat thanks sayang~~


Pandai abg pilih..sedap bau die. 
Tak keras lembut sangat bau fresh flower


Suprise sayang!!!!!


Jam menunjukkan 12.35 malam. jadi esok jerlah sambung cerita ni yer huhuhu. Sok nak keje. mengantok tak leh bangun pulak. dah 2 hari bercuti nie. Nite semua~~

6.7.2011 ~ Rabu
Kita sambung lagi cerita semalam yang tak sempat nak diabiskan..mcm episod drama la pulak.


Lepas ni yang lama boleh la simpan yer, guna yang baru..


"Sidia" akan sejuk jer lepas nie..


Jangan lupa tau sayang bersihkan "sidia" dah bertahun "sidia" tak dibersihkan habuk dah tebal berinci2.


sebenarnya manja tak tahu nak beli apa untuk abg..memang la tak semahal apa yang abg beli untuk manja, tapi manja guna duit gaji manja tau..ikhlas dari manja untuk abg =)

Ni saja cerita pasal anniversary aku..pasal percutian yang tertangguh, aku tetap tuntut huhuhuhu~
sekian 



No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)