Friday, July 8, 2011

Lebam di Tangan, Kaki , Peha @ Betis

Salam dihari Jumaat Semua..
Korang mesti pernahkan mengalami lebam samada ditangan, kaki, peha atau betis. Biasanya lepas bangun tidur waktu pagi..kebanyakan yang mengalaminya kaum perempuan..
Biasanya badan akan rasa letih dan tak bermaya..dulu sebelum kawin zaman belajar,masa anak dara aku jarang kena lebam2 ni..ada tapi jarang. Sejak kawin nie tiap2 bulan aku diserang lebam yang aku kira kronik jugak. Bukan apa takut pulak aku tengok lebam kehitaman + kebiruan.
Sebelum ni bila kena aku buat tak tahu jer..lama-lama dalam 2 minggu hilanglah sendiri.
Banyak dah info aku cuba cari apa penyebab lebam ni antaranya:-

1) Dari segi mistik
  • Gigitan peleset 
  • Gangguan mahkluk halus seperti jin
  • Terkena santau, saka atau penyakit misteri (sihir)
2) Dari segi perubatan
  • Cara kita  tidur, menyebabkan  aliran darah tidak stabil 
  • Angin dalam badan tidak keluar
  • Kurang magnesium atau zat besi
Petang tadi sebelum balik kawan satu office aku bagi petua untuk hilangkan lebam:-
= Mandi dengan air limau kasturi sebanyak 7 biji..3 hari berturut2
= Berkemban tidak boleh berbogel ataupun memakai seluar kecik
= Salawat 3 kali dan niat 
Balik tadi aku terus buat kesannya pulak rambut aku lembut tak perlu guna sikat guna tangan pun boleh~~

InsyaAllah sabtu dan ahad aku akan sambung lagi buat..
YaAllah jauhkanlah aku dari segala perkara yang tidak baik. Lindungilah hambamu yang lemah ini. Amin~~

1 comment:

CiKMie said...

sama kes dengan bakal isteri sy..badan selalu lebam3..takleh tidur..bila tidur ade menda mengganggu...ada mcm org tarik3 kaki...tolong doakan utk dia sama ye...katanya dah 4 thun..taktau cmna nak berubat..tolong la share...

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)