Thursday, July 21, 2011

Kad Debit Kami Dah Selamat Sampai


Kami excited nie " International debit card " kami dah sampai rumah petang tadi..huhuhu pada hal kad kosong jer belum ada sesen pun hehehe.


Balik keje en suami hulurkan surat ni daripada Payoneer Inc New York..Wahhh cepat jugak ek siap..padahal bulan lepas baru en suami apply..ni pun sebab aku bising2 suruh buat..bukan apa aku nak apply kredit kad en suami memang menentang abis-abisan. En Suami memang dah pangkah awal2.. jadi mana-mana bank tak payah la nak cuba2 ushar kami yerk memang tak dilayan..hikhik (berlagak siut)

Masalah aku sebelum ni susah sangat kalo nak booking flight, hotel semua nak kena guna kredit kad..mereka nie tak nak terima deposit cash atau pun cash..hahahha memang tak ada la kan..lepas tu kenalah mintak simpati untuk pinjam~~ sebaik la ada yang berhati mulia tolong pinjamkan..bukan free beb kena ganti siap interest..



Lepas nie senang cikit tak payah bawak cash money banyak2 kalo nak pergi holiday  atau jalan jauh..bawak jer sekeping plastik card nie..tapi pastikan duitnya ada errrrrrr~~kalo tak apa pun tak boleh!!!

Baca cikit info kat bawah nie mengenai KAD DEBIT

Fungsi Kad Debit :

Kita boleh gunakan Kad Debit untuk beli barangan dapur di supermarket, petrol, tiket penerbangan, makan malam, hotel dan macam-macam lagi perkhidmatan secara offline ataupun online melalui internet.


PERINGATAN : Untuk membuat belian secara online atau melalui internet kita perlu membuat permohonan kepada Bank Pengeluar Kad untuk mengaktifkan transaksi online kita. Ini adalah sebagai langkah keselamatan sekiranya ada berlaku kecurian kad. Cuma telefon jer Bank

Transaksi Biasa: Tunjukkan Debit Kad anda kepada kaunter pembayaran dan mereka akan cajkan kad anda.


                                               Kebaikan Debit Kad:

  1. Tidak perlu bawa wang tunai yang banyak, Cuma pastikan akaun Debit Kad anda mempunyai baki yang mencukupi yer.
  2. Mengurangkan risiko kehilangan wang tunai samada melalui kecurian, rompakan ataupun ragut
  3. Dengan Debit Kad kita boleh menguruskan kewangan seharian kita dengan lebih baik sebab kita tidak boleh menggunakan kad kita sesuka hati. Apa yang penting kita tidak terikat dengan hutang.
  4. Boleh digunakan untuk mengeluarkan tunai di ATM, tanpa caj tambahan kerana kebanyakan Kad Debit adalah kad ATM
  5. Tiada surcaj atau interest bahkan ada beberapa Bank memberi Rebet ke atas pengguna Kad Debit. 

                                              Keburukan Debit Kad:
  1. Sekiranya berlaku kecurian kad dan kita lambat membuat laporan ke pihak Bank, kad kita mungkin boleh disalah gunakan. Kalau kad debit hilang terus sahaja telefon bank untuk blok Debit Kad kita.
  2. Kalau system offline, kita tak boleh guna Kad Debit
  3. Kebanyakan bank mengenakan caj perkhidmatan tahunan kepada setiap pemegang Kad Debit tapi taklah mahal sangat dalam lingkungan RM8 ke RM12 setahun (tapi debit kad yang kami guna pulak mereka caj RM3.00 sebulan dalam RM36 setahun. Mahal sikitla sebab internationalkan dan banyak fungsinya)
  4. Tidak semua tempat boleh digunakan 


2 comments:

waalllaa! said...

akak..rasanya kalau nak booking ticket dah boleh pakai internet banking..aritu saya booking ticket MAS pakai cimbclicks aje..

rdiana said...

boleh yer..tak tahu plak..untuk flight jer kan..thanks for info :D

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)