Saturday, July 23, 2011

Jauhi Pemakaian Kasut Tumit Tinggi



Auuwwww seksi..

Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita termasuklah penulis blog. Selain  daripada fesyen, penampilannya akan nampak bergaya, elegan dan gedebomm. Bunyi 'tuk tak tuk tak' kasut membuatkan kita lebih berkenyakinan untuk berjalan walaupun kadang2 menahan sakit atau tak selesa.  Setelah aku kaji dan godek beberapa info kesan pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabkan :

  • Masalah pada kaki ini kerana kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang serta pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya (dasyat tu) dan menimbulkan masalah kesihatan dan keseluruhan badan.
  • Menyebabkan kencing tak lawas, bukan kurang minum air jek kencing tak lawas yer kawan2.
  • menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, patut la kadang2 aku rasa letih sangat pada bhg2 mcm nie lepas balik keje..ni semua nak bergaya punya pasal hikhik
  • Gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan
  • Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
  • Risiko osteoarthiritis pada lutut, ramai dah kawan2 aku yg berumur 35 tahun keatas mengadu sakit lutut.
  • Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
  • berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

Lebih banyak keburukan daripada kebaikan..marilah kita sama2 berhenti menyeksa tubuh dengan mengelak memakai kasut tumit tinggi. 

p/s: Aku ada lebih 5 pasang kasut Tumit tinggi..apa nak buat tu errrrrrr

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)