Thursday, July 14, 2011

Cuba Memahami

Selamat malam semua..sehatkah korang..aku jer yg tak sehat, tapi boleh lagi berblogging mengisi masa lapang dan meluahkan apa yang terbuku dihati.

Aku sakit..dalam keadaan sakit nie kita mesti nak orang tersayang disisi kita, mengadap kita dan tengok kita 24 jam..x payah buat keje lain..kalo boleh nak mcm tu..

Tapi aku faham dan aku cuba untuk faham en suami keluar cari duit, untuk sapa lagi semuanya untuk aku~~
Setiap malam bermula jam 9.00 malam hingga 1.00  pagi en suami akan keluar..bukan melepak tapi lepak sambil cari duit..kadang2 aku sendiri tak tahu nak jawab pada kawan2, bila tanya suami keje apa?? lagi susah bila nak isi apa2 borang yang penting~~tapi seronoknya keje mcm tu..

Sakit lagi..tadi dah makan ubat..masih lagi mcm nie..doc pulak bagi MC 1 hari jer..nampak gaya esok EL.. Masa en suami nak keluar tadi berat jer mulut ni nak cakap "boleh tak tolong batalkan appoinment". 3 jam lagi nak tunggu en suami balik..mcm budak kecik jer aku ni..tapi memang ni lah hakikatnya bila aku sakit ..perangai akan kembali mcm budak kecik.




2 comments:

GnieSyazni SSC said...

kuatkan semangat..moga cepat sembuh =)

diana said...

terima kasih gnie :D

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)