Sunday, July 31, 2011

Captain r'diana Bersihkan Syiling Kipas



Tajuk aku sebenarnya terbawak2 cerita semalam aku dengan en suami pergi tengok movie yang tengah meletup2 kat AS 'Captain Amerika' huhhh penuh panggung..cerita memang best,  menonjolkan satu watak hero biasa iaitu Steve Rogers lakonan Chris Evans yang tak ada kelebihan apa2 tapi mempunyai satu semangat juang yang tinggi dan cintakan negara dan akhirnya dengan teknologi yang ada pihak militer AS mengubah dirinya menjadi prajurit super bernama 'Captain Amerika'.

ehsan google
Alamak dah lari tajuk pulak..sebenarnya nak cerita kejaan kami pagi2 tadi aku dan en suami berhempas pulas membersihkan rumah mak mentua sebelum berpuasa esok..nanti dah start keje tak sempat nak buat benda alah nie semua~~


Aaaa tu dia captain aku tengah berhempas pulas membersihkan syiling kipas dibilik kami..tebal gila habuk padahal baru 6 bulan lepas kami bersihkan. Tak abis kat situ, lepas tu kipas diruang tamu dan dapur total 5 kipas syiling  si captain bersihkan hari nie..


Wahhh putih bersih dan berkilat..lepas nie bukak 2 pun dah laju..tak payah lagi nak bukak sampai 4 atau 5 ek. 


Dah siap bersih semua kipas syiling, lepas tu bersihkan lampu yang terjurai nie pulak..susah betul nak kena buka penutup kaca lepas tu cuci satu2. Itu keje aku nampak baldi biru tu aku cuci kat situ jer..tak ada keje aku nak ulang alik ke toilet...lepas tu lampu kat tepi kiri tu pulak.  Korang ingat aku duk perhati jer si captain wat keje. Sebelum keje2 dilakukan aku kena gulung karpet diruang tamu ni dan karpet diruang menonton..lepas tu alihkan meja makan sebab kipas syiling betul2 bawah meja makan. 

Siap semua..aku yang susun benda alah nie balik , lepas tu menyapu habuk2 tadi..adehh penat..Minggu depan turn rumah mak aku pulak..rumah kami jer belum ada lagi~~uuuuuwwwwwaaaa~~

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)