Saturday, July 30, 2011

Air Kelapa Ubat Tradisional



Panas terik kalau dapat air kelapa wuiiiiii sedapnya..tambah lagi kalau dapat korek isinya tak cukup sebiji. Air kelapa bukan saja untuk minum tapi kalau kita tengok mak-mak kita suruh minum air kelapa kalau demam..katanya berkhasiat untuk menyejukkan badan..Aku selalu amalkan..ari tu kena ulser teruk pergilah cari air kelapa 2 biji pun tak cukup. Tapi air kelapa juga tajam kalau kita makan ubat boleh potong ubat yang kita makan..Jom tengok apa  kelebihan air kelapa yang dijadikan ubat tradisional :-

1) Masalah Anak
  • Air Kelapa dicampur dengan susu untuk makanan anak, mempunyai khasiat untuk mencegah muntah, sembelit dan memudahkan penghadaman
2) Muka berseri
  • Jika mencuci muka dengan air kelapa secara rutin, ia dapat menyembuhkan  atau menghilangkan jerawat, noda-noda hitam, kulit kering dan menjadikan kelihatan berseri. Aku pernah buat tapi bukan hari2 la rasa segar je lepas tu...(buat bila demam teruk jer) mana pulak aku nak cari air kelapa hari2kan..kawan2 cuba la buat secara rutin insyaAllah berkesan.
3) Sebagai Ubat
  • Ia membantu mengubat luka, tapak kaki pecah, caranya rendam segenggam beras menjadi masam, tumbuk beras tersebut dan letak pada tempat yang sakit.Untuk luka yang terbakar, ambil satu sudu kunyit dan air kapur serta tambahkan air kelapa dan sapu pada bahagian yang terkena luka terbakar.
4) Meneutralkan Racun
  • Air kelapa muda berkhasiat untuk meneutralkan racun didalam badan.
5) Suara Merdu
  • Minum  segelas air kelapa muda yang telah disimpan semalaman , lakukan selama seminggu, tentu suara anda semakin gemersik bak puluh perindu..tapi kalau suara yang dah memang asli garau tak tahu ler mujarab ke tidak.

Sumber : Rapi 

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)