Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Bulan Suci Ramadhan



         Perkataan yg indah adalah “ALLAH”
         Lagu yg merdu adalah “AZAN”
         Media yg terbaik adalah “AL QUR’AN”
         Senaman yg sehat adalah “SOLAT”
         Diet yg sempurna adalah “PUASA”
         Kebersihan yg menyegarkan adalah “WUDHU”
         Perjalanan yg indah adalah “HAJI”
         Khayalan yg baik adalah ingat akan “DOSA&TAUBAT”





Semua insan tak terlepas dari kealpaan..mari kita sambut bulan yang penuh keampunan ini dengan hati yang bersih dan saling memaafkan, Semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat yang berlimpah kepada kita semua~~
Selamat menjalani Ibadah Puasa

Dari Kami Sekeluarga~~

Captain r'diana Bersihkan Syiling Kipas



Tajuk aku sebenarnya terbawak2 cerita semalam aku dengan en suami pergi tengok movie yang tengah meletup2 kat AS 'Captain Amerika' huhhh penuh panggung..cerita memang best,  menonjolkan satu watak hero biasa iaitu Steve Rogers lakonan Chris Evans yang tak ada kelebihan apa2 tapi mempunyai satu semangat juang yang tinggi dan cintakan negara dan akhirnya dengan teknologi yang ada pihak militer AS mengubah dirinya menjadi prajurit super bernama 'Captain Amerika'.

ehsan google
Alamak dah lari tajuk pulak..sebenarnya nak cerita kejaan kami pagi2 tadi aku dan en suami berhempas pulas membersihkan rumah mak mentua sebelum berpuasa esok..nanti dah start keje tak sempat nak buat benda alah nie semua~~


Aaaa tu dia captain aku tengah berhempas pulas membersihkan syiling kipas dibilik kami..tebal gila habuk padahal baru 6 bulan lepas kami bersihkan. Tak abis kat situ, lepas tu kipas diruang tamu dan dapur total 5 kipas syiling  si captain bersihkan hari nie..


Wahhh putih bersih dan berkilat..lepas nie bukak 2 pun dah laju..tak payah lagi nak bukak sampai 4 atau 5 ek. 


Dah siap bersih semua kipas syiling, lepas tu bersihkan lampu yang terjurai nie pulak..susah betul nak kena buka penutup kaca lepas tu cuci satu2. Itu keje aku nampak baldi biru tu aku cuci kat situ jer..tak ada keje aku nak ulang alik ke toilet...lepas tu lampu kat tepi kiri tu pulak.  Korang ingat aku duk perhati jer si captain wat keje. Sebelum keje2 dilakukan aku kena gulung karpet diruang tamu ni dan karpet diruang menonton..lepas tu alihkan meja makan sebab kipas syiling betul2 bawah meja makan. 

Siap semua..aku yang susun benda alah nie balik , lepas tu menyapu habuk2 tadi..adehh penat..Minggu depan turn rumah mak aku pulak..rumah kami jer belum ada lagi~~uuuuuwwwwwaaaa~~

Saturday, July 30, 2011

Papan Pemotong Punca Keracunan Makanan


Kawan2 hari ini nak kongsi info mengenai papan pemotong yang kita selalu guna nak potong sayur, buah, daging, potong ayam dan apa2 jerlah.. mestilah korang guna alas papan pemotongkan takkanlah korang hiris kat atas kabinet dapur yang cantik tu atau sinki korang yang berkilatkan..huiii sayang beb bercalar~~

Tapi jenis papan pemotong aper ek korang guna????



Adakah papan pemotong plastik nie atau


Papan pemotong kayu nie..

Satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menyatakan bahawa kesan hirisan pisau pada papan pemotong plastik mampu menjadi tempat pertumbuhan bakteria malah mampu mengakibatkan keracunan makanan akibatkan oleh "BAKTERIA SALMONELLA". 


p/s : Kat rumah aku guna dua-dua jenis papan pemotong ni..malangnya aku selalu guna papan pemotong plastik. Kawan2 segeralah kita bertukar kepada papan pemotong yang diperbuat daripada kayu atau buloh kerana ianya lebih selamat.

" MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA BERUBAT"

Air Kelapa Ubat Tradisional



Panas terik kalau dapat air kelapa wuiiiiii sedapnya..tambah lagi kalau dapat korek isinya tak cukup sebiji. Air kelapa bukan saja untuk minum tapi kalau kita tengok mak-mak kita suruh minum air kelapa kalau demam..katanya berkhasiat untuk menyejukkan badan..Aku selalu amalkan..ari tu kena ulser teruk pergilah cari air kelapa 2 biji pun tak cukup. Tapi air kelapa juga tajam kalau kita makan ubat boleh potong ubat yang kita makan..Jom tengok apa  kelebihan air kelapa yang dijadikan ubat tradisional :-

1) Masalah Anak
  • Air Kelapa dicampur dengan susu untuk makanan anak, mempunyai khasiat untuk mencegah muntah, sembelit dan memudahkan penghadaman
2) Muka berseri
  • Jika mencuci muka dengan air kelapa secara rutin, ia dapat menyembuhkan  atau menghilangkan jerawat, noda-noda hitam, kulit kering dan menjadikan kelihatan berseri. Aku pernah buat tapi bukan hari2 la rasa segar je lepas tu...(buat bila demam teruk jer) mana pulak aku nak cari air kelapa hari2kan..kawan2 cuba la buat secara rutin insyaAllah berkesan.
3) Sebagai Ubat
  • Ia membantu mengubat luka, tapak kaki pecah, caranya rendam segenggam beras menjadi masam, tumbuk beras tersebut dan letak pada tempat yang sakit.Untuk luka yang terbakar, ambil satu sudu kunyit dan air kapur serta tambahkan air kelapa dan sapu pada bahagian yang terkena luka terbakar.
4) Meneutralkan Racun
  • Air kelapa muda berkhasiat untuk meneutralkan racun didalam badan.
5) Suara Merdu
  • Minum  segelas air kelapa muda yang telah disimpan semalaman , lakukan selama seminggu, tentu suara anda semakin gemersik bak puluh perindu..tapi kalau suara yang dah memang asli garau tak tahu ler mujarab ke tidak.

Sumber : Rapi 

Thursday, July 28, 2011

Siapa Sudi Ambil Tempahan Baju Raya Kami


Suka sangat last minit nielah akibatnya..minggu lepas dah beli baju raya sama warna dengan en suami. Bukan senang ambil masa 2 jam setengah tau nak cari..bukan masalah material tapi masalah warna pulak. Aku suka en suami tak suka, en suami suka aku pulak tak suka. Akhirnya abg pilihlah manja ikut jer. Cantik mata abg cantiklah dimata manja. Kan senang kalo awal2 aku cakap mcm nie tadi tak adalah sampai 2 jam melorat kat situ sampai budak2 Astana Moda perhatikan jer gelagat kami suami isteri hikhik~~




Hari nie pergilah tanya kedai menjahit dengan hampanya mereka dah tak nak terima tempahan. Ialah lagi sebulankan nak raya. Mencuba nasib tanya kawan satu office jawapan yang sama dah terlalu lewat, tempahan dah banyak sangat!! Macam mana nie sian kami~~

Nak jahit sendiri tak pandai pulak..belum belajar, jahit silang pangkah bolehlah. Tolong kawan2 sapa-sapa yang sudi nak terima baju raya kami..tak banyak sepasang untuk aku baju kurung pahang dan sepasang baju melayu untuk en suami.


Gambar nie tak ada kena mengena pun saja nak letak hehe cute pulak budak2 nie. "Tolong- menolong amalan mulia"

Hati Berbunga-bunga

Smile To The World
&
The World Will Smile Back To You

Selamat Pagi Semua..Semoga Sihat-sihat aja~~


p/s : kepada isteri-isteri yang jelitawan rajin-rajinlah kita kedapur yer. Untuk 'aku' jangan nak bagi alasan makan luar sekali sekala boleh :D



Wednesday, July 27, 2011

Suami Curang Punca Stress

Selamat Pagi Malaysia..
Pagi-pagi sampai office tergerak hati pulak nak baca surat khabar..dah selak2 baca dah setengah muka surat  baru perasan surat khabar 20 Julai 2011 (Rabu). Aku nie selalu jer baca berita yang dah lepas.. Ada berita menarik yang aku nak kongsi bersama..ceh korang dah baca..aku jer baru nak baca ngehngeh~~


Faktor Wanita Malaysia Mengalami tekanan perasaan :
  • Terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan
  • Mengambil serius persepsi orang lain terhadap diri dan keluarga
  • Bekerja kuat untuk mendapatkan pengiktirafan majikan
  • Terlalu serius terhadap pelajarn anak-anak
  • Menggalas tanggungjawab menjaga keluarga
  • Terlalu dikongkong oleh keluarga
  • Berhenti kerja untuk menjadi suri rumah
Hasil kajian yang dibuat mendapati wanita Malaysia menduduki tangga ke 16 paling tertekan. Maknanya wanita lebih ramai tertekan berbanding kaum lelaki. Daripada 7 faktor itu faktor 1 jer aku nak ulas, wanita tertekan kerana terlalu berusaha untuk menjaga hubungan dengan pasangan. Ramai wanita sedaya upaya menyelamatkan hubungan walaupun sudah tiada harapan. Kadang2 wanita akan rasa curiga  dan syak wasangka terhadap suami..walaupun sebenarnya tiada apa2 pun. Sebab itu wanita cepat tersinggung, merajuk, ambil hati, kecik hati dengan pergaduhan kecil kerana mereka terlalu sayangkan perhubungan sehingga kadang2 mereka ketepikan ego demi menjaga hubungan atau demi anak2.
 

Monday, July 25, 2011

Motivasi Pagi : Bersyukur


Bersyukurlah sebab kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan hidup untuk melihat dunia dan memperbaiki segala amalan kita dan diberi kesempatan untuk melakukan yang terbaik dan lebih baik dari semalam..InsyaAllah~~

Sunday, July 24, 2011

Memey Ditaja 12 juta Untuk Majlis Perkahwinan



Memey dan Norman ditaja RM12 JUTA daripada Rafflesia dan Jimmy Choo untuk majlis perkahwinan mereka. Aku bukan peminat dieorang k..tapi sebab dah terbacakan berita nie jelous gak beb mana ada artis ditaja sebesar ini. Ni dinamakan rezeki tercampak dan memey pungut. Rezeki jangan ditolak~~Confirm si Abby bengkak jer lepas baca berita sensasi nie.errkkkk~~


 Ini barulah wedding of the year. Baju persalinan perkahwinan Memey  akan bernilai RM7.2 juta pada hari bahagiannya. 
1.Dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia ketika majlis persandingan.
2.Dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
3.Dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.
Jom layan gambar gedik Memey dan Norman:

memey dan norman

memey dan norman

Sapa la makeup artist nie wei buruk betul rambut memey 

memey dan norman

Cantik beb tu baru kasut~~

memey dan norman

memey dan norman

memey dan norman

Excited kau Norman~~

memey dan norman

memey dan norman

Kenapa aku rasa makeup Memey macam tak cantik je..selalu santik sangat~~ape pun taniah. Orang lain tak ada..Atleast ko ada~~

* kredit untuk beautifulnara

Saturday, July 23, 2011

Jauhi Pemakaian Kasut Tumit Tinggi



Auuwwww seksi..

Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita termasuklah penulis blog. Selain  daripada fesyen, penampilannya akan nampak bergaya, elegan dan gedebomm. Bunyi 'tuk tak tuk tak' kasut membuatkan kita lebih berkenyakinan untuk berjalan walaupun kadang2 menahan sakit atau tak selesa.  Setelah aku kaji dan godek beberapa info kesan pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabkan :

  • Masalah pada kaki ini kerana kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang serta pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya (dasyat tu) dan menimbulkan masalah kesihatan dan keseluruhan badan.
  • Menyebabkan kencing tak lawas, bukan kurang minum air jek kencing tak lawas yer kawan2.
  • menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, patut la kadang2 aku rasa letih sangat pada bhg2 mcm nie lepas balik keje..ni semua nak bergaya punya pasal hikhik
  • Gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan
  • Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
  • Risiko osteoarthiritis pada lutut, ramai dah kawan2 aku yg berumur 35 tahun keatas mengadu sakit lutut.
  • Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
  • berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

Lebih banyak keburukan daripada kebaikan..marilah kita sama2 berhenti menyeksa tubuh dengan mengelak memakai kasut tumit tinggi. 

p/s: Aku ada lebih 5 pasang kasut Tumit tinggi..apa nak buat tu errrrrrr

Thursday, July 21, 2011

Tazkirah Pagi : Keikhlasan Bekerja

Selamat pagi semua..

Sedikit renungan yang boleh kita kongsi bersama sebelum kita memulakan kerja..untuk mendapat keberkatan dengan Allah perlu ada keikhlasan di dalam hati dalam melaksanakan tugasan harian.
4 kunci untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah iaitu:
  1. Ikhlas – sepenuh hati dan ikhlas dalam melaksanakan tugasan/kerja.
  2. Menjaga hubungan dengan ALLAH – segala kerja yang lakukan mestilah berhubung dengan Allah. Buat sesuatu kerja kerana Allah dengan keikhlasan hati.
  3. Muadjaddah – Buat sesuatu kerja mestilah bersungguh-sungguh. Ikhlas melaksanakan kerja dengan kesungguhan dan amanah demi Allah.
  4. Muhasabah – menilai/meneliti kembali kerja yang dilakukan untuk mendapat kerberkatan dari Allah. Kerja yang kita buat mestilah mengikut tempoh yang dah ditetapkan dan jika kita menggunakan masa tersebut pastikan kita menggantikan semula supaya kita mendapat keberkatan dari Allah (tapi aku selalu jer mencuri masa waktu bekerja..hari ini kena berubah walaupun sedikit..curi masa updet dan tengok blog hehe)
Ok kawan2 mari kita mulakan kerja, tak kiralah bekerja dipejabat ker, berkerja sendiri atau surirumah tangga. Bekerja dengan ikhlas InsyaAllah rezeki kita akan dilipat gandakan lagi.

Kad Debit Kami Dah Selamat Sampai


Kami excited nie " International debit card " kami dah sampai rumah petang tadi..huhuhu pada hal kad kosong jer belum ada sesen pun hehehe.


Balik keje en suami hulurkan surat ni daripada Payoneer Inc New York..Wahhh cepat jugak ek siap..padahal bulan lepas baru en suami apply..ni pun sebab aku bising2 suruh buat..bukan apa aku nak apply kredit kad en suami memang menentang abis-abisan. En Suami memang dah pangkah awal2.. jadi mana-mana bank tak payah la nak cuba2 ushar kami yerk memang tak dilayan..hikhik (berlagak siut)

Masalah aku sebelum ni susah sangat kalo nak booking flight, hotel semua nak kena guna kredit kad..mereka nie tak nak terima deposit cash atau pun cash..hahahha memang tak ada la kan..lepas tu kenalah mintak simpati untuk pinjam~~ sebaik la ada yang berhati mulia tolong pinjamkan..bukan free beb kena ganti siap interest..



Lepas nie senang cikit tak payah bawak cash money banyak2 kalo nak pergi holiday  atau jalan jauh..bawak jer sekeping plastik card nie..tapi pastikan duitnya ada errrrrrr~~kalo tak apa pun tak boleh!!!

Baca cikit info kat bawah nie mengenai KAD DEBIT

Fungsi Kad Debit :

Kita boleh gunakan Kad Debit untuk beli barangan dapur di supermarket, petrol, tiket penerbangan, makan malam, hotel dan macam-macam lagi perkhidmatan secara offline ataupun online melalui internet.


PERINGATAN : Untuk membuat belian secara online atau melalui internet kita perlu membuat permohonan kepada Bank Pengeluar Kad untuk mengaktifkan transaksi online kita. Ini adalah sebagai langkah keselamatan sekiranya ada berlaku kecurian kad. Cuma telefon jer Bank

Transaksi Biasa: Tunjukkan Debit Kad anda kepada kaunter pembayaran dan mereka akan cajkan kad anda.


                                               Kebaikan Debit Kad:

  1. Tidak perlu bawa wang tunai yang banyak, Cuma pastikan akaun Debit Kad anda mempunyai baki yang mencukupi yer.
  2. Mengurangkan risiko kehilangan wang tunai samada melalui kecurian, rompakan ataupun ragut
  3. Dengan Debit Kad kita boleh menguruskan kewangan seharian kita dengan lebih baik sebab kita tidak boleh menggunakan kad kita sesuka hati. Apa yang penting kita tidak terikat dengan hutang.
  4. Boleh digunakan untuk mengeluarkan tunai di ATM, tanpa caj tambahan kerana kebanyakan Kad Debit adalah kad ATM
  5. Tiada surcaj atau interest bahkan ada beberapa Bank memberi Rebet ke atas pengguna Kad Debit. 

                                              Keburukan Debit Kad:
  1. Sekiranya berlaku kecurian kad dan kita lambat membuat laporan ke pihak Bank, kad kita mungkin boleh disalah gunakan. Kalau kad debit hilang terus sahaja telefon bank untuk blok Debit Kad kita.
  2. Kalau system offline, kita tak boleh guna Kad Debit
  3. Kebanyakan bank mengenakan caj perkhidmatan tahunan kepada setiap pemegang Kad Debit tapi taklah mahal sangat dalam lingkungan RM8 ke RM12 setahun (tapi debit kad yang kami guna pulak mereka caj RM3.00 sebulan dalam RM36 setahun. Mahal sikitla sebab internationalkan dan banyak fungsinya)
  4. Tidak semua tempat boleh digunakan 


Tuesday, July 19, 2011

Projek Pagi-Pagi Buta

Cerita pagi2 buta semalam - 18.7.2011(Isnin)
Beginilah padahnya kalo disiang hari dah banyak tido..malam hari pulak jadi kelawar..berjaga tengah malam sampai lewat pagi ..padahal esok paginya nak keje tu~~


Jam kat dapur uma menunjukkan 3.06 pagi..waktu macam ni korang tengah syok tido kan..aku pulak dengan en suami menggeledah dapur mcm tikus mencari apa boleh makan errrrrr perut lapo. Nak makan nasi malas betul aku nak panaskan lauk, nak goreng2 pulak lagi malas..


Panaskan air dulu.. nak pakai pemanas air lambat sangat nak kena tunggu jadi pakai coffee maker cepat tak sampai 5 minit air dah panas..Bukan nak buat air kopi hhikhik~~


Maggie Ekspress..hah dah siap tak sampai 10 minit ngehngeh. Maggie perisa ayam untuk manja dan maggie perisa kari untuk abg.. Dah kenyang baru boleh tido..buruk perangai~

Monday, July 18, 2011

Besday Gurl Menangis Terharu

Selamat Malam ..3 hari aku tak sempat nak updet blog almaklumlah balik kampung aku kat Nyalas line berukband celakakcom pulak tahap edge..buat sakit hati jer..sebab tu la pilihan hatiku tetap pada streamyx.
3 hari balik uma mak aku..kalo ikut turn patut minggu lepas..tapi banyak nau program en suami x sempat nak balik. Pada hal satu negeri tu, pun kena ikut turn hikhikhik~~

Semalam Ahad sebelum balik sempat aku selebret besday anak buah aku..padahal besday die hari rabu ni 20.7.2011..tapi saja kami sambut awal sebab minggu depan takut tak dan..family jer..tu pun tak semua ada sebab abg dan kakak aku tak balik..huiii kalo balik riuh rendah uma mak aku seronok~~

Jom layan gambar besday gurl yang terharu sangat2  sampai tak boleh nak tiup lilin hehhee~~


Wahhh tengok komain lagi sambil cekak2 pinggang sebelum majlis..memang suka bergambar anak buah kesayangan aku nie..siap suruh aku ambik gambar die kat pasu bunga mak aku. Aku layankan~~


Kek Tiramisu aku yang pilih..sebab orang tua yang nak makankan..budak2 bukan nak makan sangat pun
Selamat hari lahir Wani yang ke 3 tahun..makcik dan pakcik (aku dan suami aku ler tu) ucapkan semoga cepat tumbuh rambut..dah 3 tahun rambut tak lebat2 lagi ngehngeh~~


Korang tengok la..tadi punya happy ..bila nak suruh tiup lilin meronta2 tak nak..melalak2 sampai kakak dan mak aku kena pegang dan pujuk ..tak jalan..rosak majlis~~


Ni jer ahli majlis yang ada termasuk aku..siap kena panggil bos besar pulak pujuk (abah aku la).. pun tak nak pandang..last2 aku ambik jer la gambar walaupun dia tak pandang kamera. Memang haru biru la sekejap sebab dia tak nak potong kek..Last2 tahu sapa yang potong kek tu


Last2  si comel adik besday gurl yang tiup dan potong kek..dah macam besday si comel pulak hehhe..memang kelakar betul besday gurl melalak sampai abis majlis.


Dah berhenti menangis ..masa untuk buka hadiah pulak tu pun muka masam lagi..bukak hadiah dari pakcik dan makcik dulu..sebab paling besar memilih lak tu.


Nenek dan Atok bagi kumbang  berbunyi tu, main la yer sayang sampai abis bateri. Tin Tong Music plak ayah besday gurl bagi..beg comel dari makcik untuk besday gurl nak sekolahkan tahun depan . Itulah kisahnya besday gurl melalak sambut besday yang ke 3 tahun mungkin terharu agaknya hikhik~~



Thursday, July 14, 2011

Cuba Memahami

Selamat malam semua..sehatkah korang..aku jer yg tak sehat, tapi boleh lagi berblogging mengisi masa lapang dan meluahkan apa yang terbuku dihati.

Aku sakit..dalam keadaan sakit nie kita mesti nak orang tersayang disisi kita, mengadap kita dan tengok kita 24 jam..x payah buat keje lain..kalo boleh nak mcm tu..

Tapi aku faham dan aku cuba untuk faham en suami keluar cari duit, untuk sapa lagi semuanya untuk aku~~
Setiap malam bermula jam 9.00 malam hingga 1.00  pagi en suami akan keluar..bukan melepak tapi lepak sambil cari duit..kadang2 aku sendiri tak tahu nak jawab pada kawan2, bila tanya suami keje apa?? lagi susah bila nak isi apa2 borang yang penting~~tapi seronoknya keje mcm tu..

Sakit lagi..tadi dah makan ubat..masih lagi mcm nie..doc pulak bagi MC 1 hari jer..nampak gaya esok EL.. Masa en suami nak keluar tadi berat jer mulut ni nak cakap "boleh tak tolong batalkan appoinment". 3 jam lagi nak tunggu en suami balik..mcm budak kecik jer aku ni..tapi memang ni lah hakikatnya bila aku sakit ..perangai akan kembali mcm budak kecik.




Tidak Akan Berputus Asa

Aku rimas!!!!orang mengajukan persoalan tentang anak..
Kami menginginkannya dan terlalu teringin sangat2!!!!


Ya Allah hanya engkau saja yang tahu hati dan perasaan ini..
hati menangis tak ada saper yang tahu~
Sejak kawin sehinggalah ke hari ini aku dan suami akan terus menanti dan berharap..apa yang kami lakukan hanya berusaha dan berdoa..mungkin usaha dan doa kami belum cukup untuk dimakbulkan olehNYA..kami redha itulah perjalanan manusia yang harus kami tempuhi.

Hari ini pergi klinik lagi sakit seperti bulan2 yang lain..sakitnya tak terkata kali ini, sehingga doktor terpaksa memberikan injection untuk meredakan sakit..Aku redha YaAllah. Biarpun setiap hari aku berharap dan kami akan terus berharap dan selagi itu juga kami tidak akan berputus asa~

Allah telah merancang dan menentukan yang terbaik buat hambanya. 





Wednesday, July 13, 2011

Hadiah Besday Paling Istimewa

Terima kasih kepada semua kawan2 facebook atas ucapan dan doa sempena ulang tahun kelahiran aku yang ke-26. errrrr dah meningkat usia dan semakin tua aku..
Tak pernah dapat wish yang begitu ramai dari kawan2..Terima kasih sekali lagi semoga doa kawan2 semua akan dimakbulkan oleh NYA..InsyaAllah~~

Tak sempat pun nak sambut apa2..lagipun aku dah start puasa semalam..berbuka puasa dirumah jer. En Suami tetap ada suprise untuk aku..balik jer dari office, tengok2 ada present atas meja solek. Lepas berbuka puasa terus aku bukak~~


Bukan en suami yang balut..aku tahu..aku kenal suami..amat mustahil rasanya..hikhik


Aku terdiam dan termenung sekejap..Ape benda alah nie (tanya pada diri sendiri)..padahal bukan aku tak tahu "Jam Pasir". Aku tengok balik dalam kotak dan surat khabar mana tahu ada cincin tercicir ker.. ermmm tak ada!!!! en suami hadiahkan jam pasir ni untuk aku..
7 tahun bercinta dan 1 tahun usia perkahwinan kami..tak pernah suami hadiahkan benda yang pelik2 mcm nie untuk aku~~Aku rasa pelik sangat2!!!!

Aku terkedu..en suami ada masalah kewangan ker?? yang aku tak tahu..yang selama ini aku hanya tahu meminta dan ada..ataupun baru jer sambut anniversary kami minggu lepas~~

En Suami masuk dan tengok aku tengah belek2 benda alah ni..sambil melemparkan senyuman yang bisa buat jiwa aku bergoyang..manja suka tak hadiah tu..suka sambil aku melelehkan air mata..kenapa manja nagis nie manja tak suka ke..bukan x suka..manja rasa mcm abg ada masalah yang abg tak cita pada manja~~
Suami peluk dan cium dahi aku..cuba manja tengok betul2 jam pasir nie..ada sentimental value dan cuba faham maksud yang tersirat..

Bukan abg x nak beli benda lain untuk manja..baju, kasut, minyak wangi, beg, semua abg dah pernah bagi.. jadi abg pilih lain dari yg lain cikit supaya manja akan ingat benda pelik yang abg pernah hadiahkan untuk manja sebagai kenangan nanti..jangan pk yang bukan2 k. Barulah tenang cikit jiwa aku..tapi masih lagi tertanya2.

Sebenarnya ucapan abg dah cukup bermakna buat manja sayang~~



Monday, July 11, 2011

Sifat Wanita Yang Disukai Lelaki

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti  persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 5??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona...



Sunday, July 10, 2011

Minum Petang : Hazelnut White Coffee

Selamat Malam..

Hujung minggu yang sepi..tak ada aktiviti apa2  pun..just berehat sambil bersantai dirumah bersama suami tercinta..Dah puas tido.. en suami ajak kluar minum petang kat Old Village Kopitiam. 


Semata-mata 2 cawan coffee nie en suami sanggup kebandar. Padahal 40 minit jugak nak kesini. Area tempat kami tak ada.. kalo ada tiap2 petang agaknya en suami kesini hanya kerana "Hazelnut White Coffee"


Secawan baru RM 3.60
Bau aromanya sedap memikat

Lepak dalam satu jam borak-borak kosong then balik.
La itu jer aktiviti kami hari nie..abis  tak kan nak cerita apa aku buat dari pagi sampai tengahari tadi kan. korang tak baca pun...aku syok sendiri..ngehngeh~~

Saturday, July 9, 2011

Tazkirah Pagi : Memaafkan Orang Lain

Selamat pagi semua..

Hari cuti yang tenang dan hujan renyai2, Alhamdullilah rahmat darimu..
Awal2 pagi dah bangun bukak tingkap rumah dulu..teringat pesan mak supaya rezeki masuk..lepas tu kemas rumah, buatkan sarapan untuk family dan terus bukak laptop..Kalo orang berniaga bukak kedai awal2 pagi murah rezeki..tapi aku awal pagi dah bukak laptop mudah-mudahan dapat info yang berguna.

Tak ada cerita apa-apa pun pagi2 nie.. saja tetiba mud berblogging datang..padahal malam tadi tak boleh tido tu sebab asyik layan info mistik je sampai kena marah dengan en suami..bukan apa sampai nak pergi toilet suruh en suami teman padahal toilet sebelah bilik tidor je hehehe. 

Pagi2 ni kita isi makanan rohani dengan tazkirah pagi:-


< Memaafkan Orang Lain >

Mulai saat ini mari kawan2 kita sama2 memaafkan orang lain yang berada disekeliling kita samada keluarga, kawan2 dan orang lain. Sebagai hambanya yang hina kita kadang2 tidak sedar kesalahan yang kita lakukan. Biarpun ada perasaan dendam, iri hati, hasad dengki atau sakit hati mari kita cuba sama2 buangkan segala perasan buruk yang ada. Mudah-mudahan kita dapat melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan..amin~~

  

Friday, July 8, 2011

Lebam di Tangan, Kaki , Peha @ Betis

Salam dihari Jumaat Semua..
Korang mesti pernahkan mengalami lebam samada ditangan, kaki, peha atau betis. Biasanya lepas bangun tidur waktu pagi..kebanyakan yang mengalaminya kaum perempuan..
Biasanya badan akan rasa letih dan tak bermaya..dulu sebelum kawin zaman belajar,masa anak dara aku jarang kena lebam2 ni..ada tapi jarang. Sejak kawin nie tiap2 bulan aku diserang lebam yang aku kira kronik jugak. Bukan apa takut pulak aku tengok lebam kehitaman + kebiruan.
Sebelum ni bila kena aku buat tak tahu jer..lama-lama dalam 2 minggu hilanglah sendiri.
Banyak dah info aku cuba cari apa penyebab lebam ni antaranya:-

1) Dari segi mistik
  • Gigitan peleset 
  • Gangguan mahkluk halus seperti jin
  • Terkena santau, saka atau penyakit misteri (sihir)
2) Dari segi perubatan
  • Cara kita  tidur, menyebabkan  aliran darah tidak stabil 
  • Angin dalam badan tidak keluar
  • Kurang magnesium atau zat besi
Petang tadi sebelum balik kawan satu office aku bagi petua untuk hilangkan lebam:-
= Mandi dengan air limau kasturi sebanyak 7 biji..3 hari berturut2
= Berkemban tidak boleh berbogel ataupun memakai seluar kecik
= Salawat 3 kali dan niat 
Balik tadi aku terus buat kesannya pulak rambut aku lembut tak perlu guna sikat guna tangan pun boleh~~

InsyaAllah sabtu dan ahad aku akan sambung lagi buat..
YaAllah jauhkanlah aku dari segala perkara yang tidak baik. Lindungilah hambamu yang lemah ini. Amin~~

Thursday, July 7, 2011

Tinggal Dengan Mentua..Ada Masalah ker??

Hari ini genap 1 tahun 5 hari aku tinggal bersama dengan mentua..


Tak ada masalah ker? mungkin baru lagi..tengok lah lagi 2,3 tahun..
(sambil tersenyum biawak)


Dammmnn!!! Dussshhhh!!!! soalan yang tak perlu kamu tanya sepatutnya..
Patut kamu bagi sokongan dan kekuatan pada aku untuk melalui hari2 sebagai menantu @ anak
Ini tidak..hanya memberi tanggapan negatif..
Memang semua orang yang dah berkahwin ada cita2 nak memiliki rumah sendiri..aku pun tak terkecuali tau. Saper tahu hati ini teruja bila tengok rumah baru. 


Kenapa tak menyewa..tak jauh ker nak pergi keje..


Kalo nak dah lama kan aku menyewa..tapi ada sebab2 tertentu yang  buat kami tidak menyewa. Jauh tu memang jauh la..tapi aku rasa tak susah pun (errrrrrr kenapa aku tak jawab mcm nie tadi..) kenapa dalam blog boleh jer aku jawab~~


Mungkin ramai yang berpendapat tinggal dengan mentua mendatangkan banyak masalah atau perkara negatif samada dari mentua atau menantu itu sendiri.


Bagi aku yang paling penting kita pandai bawak diri, kawal emosi, jaga tingkah laku, perasaan dan lakukan segalanya dengan ikhlas.


Tepuk dada~~Tanyalah Diri Masing2.

Wednesday, July 6, 2011

Our 1st Anniversary

Sebenarnya inilah jalan cerita utama..Tapi sebab exited sangat nak masukkan gambar kawin dulu aku tangguh2 cerita ulang tahun perkahwinan kami yang pertama nie..

Kami sambut 1st anniversary dalam bilik atas katil berdua-duaan..
tetapi ada cerita disebaliknya yang boleh dikatakan sedih jugaklah..uuaaawwrrrggghhhh
Sebenarnya kami ada bincang2 nak celebrate anniversary kami dengan percutian. Tapi sebab en suami sibuk sangat aku diamkanlah. Aku pun taklah rancang apa2 cuma ada bagi tahu pada en suami nak sambut tempat yang ala resort atau water chalet. 

Sampai masa 2.7.2011 (Sabtu) en suami ajak pg PD. Aku cakap kita tak booking mana ada kosong nak2 weekend. En suami cakap kita cuba jerlah..Aku pun excited la kemas2 beg dan masukan hadiah yang aku dah siap balut jumaat malam tu. So en suami tak tahu ada suprise untuk dia.

Korang tahu sampai sana jam 12.30 tengahari sebelum tu aku ada lah google cari tempat2 menarik kat PD. Kami pergi The Legend Water Chalet  sampai sana Full, aku tanya pulak The Legend International Water Home harga mak oii mahalnya tapi Full juga, kemudian en suami cuba nasib Avillion yang ada water chalet jawapan yang sama Full. Tak tahu lagi mana ada water chalet aku teringat Gold Coast Sepang yang baru tu. En suami drive ke sana ikut jalan lama dari PD nak mabuk aku ikut jalan lama, sementara tu aku bukak netbuk cari no Gold Coast Sepang. Aku Call dan tanya bahagian reservation yang biasa harga rm 800 semua full , lagipun budget kami satu malam rm400 jer yang ada pun harga 1700++ tak mampu lagi untuk harga semahal tu..mahalnya tapi teringin sangat nak kesitu~~

Last2 en suami pusing balik ke PD. Aku tengah sakit hati nie..terus muddy. Tak nak cakap apa2 dalam kereta sebab en suami tak rancang untuk 1st anniversary kami. Aku sedih tau!!!!! Aku Merajuk mcm nak rak nangis sampai bengkak mata. Padahal hal kecik jer. boleh jer pergi mana2 hotel kalo nak. Tapi aku berkeras sebab ego dan merajuk.

Kami pulang semula ke Melaka dgn hati yang lara dan sakit hati yang amat sangat. Petang tu en suami terus bawak aku pergi makan sebab memang perut dah lapar sangat~~

  • En Suami bawak makan kat sini..dalam marah2 tu sempat plak aku snap gambarkan. nanti tak ada cerita pulak hehe.

Orange Juice untuk aku dan Ice Blend Choclate Extra untuk en suami


Padahal dah ada macaroni chese en suami order lagi sepinggan macaroni chese. en suami memang hantu chese. Siap dia cakap suruh aku belajar mcm mana nak buat. Korang nampak kek secret recipes kat tepi tu..kami tak makan pun sebab dah kekenyangan sangat.



Tak banyak pulak kali nie gambar kami berdua..sebab masing2 rasa bersalah dan serbasalah. Ape pun terima kasih banyak abg dalam manja marah2 abg sejukkan ati nie. Terima kasih belanja semua ini. Manja tahu abg dah cuba buat yang terbaik untuk manja. 

Sampai jer rumah dah malam..Aku keluarkan hadiah yang aku beli jumaat ari tu. Lepas tu en suami keluarkan hadiah die pulak dalam satu beg pakson..sebenarnya aku dah nampak pun beg plastik tu ada beg coklat tapi aku tak tahu ada satu lagi kotak bear cute bersamanya. 




Kek yang kami beli petang tadi..tapi tak sempat nak makan sebab dah tak boleh nak masuk kenyang sangat!!!



Our 1st anniversary .. kami sambut atas katil jer huhuhu


Hadiah untuk en suami..balutan pun tak kemas nak cepat hikhik pembalut pun aku rembat kat opis. Siap pink colour lagi. En suami senyum jer tengok ada hadiah untuk dia.


Ini pulak hadiah dari en suami untuk aku. Cute kotak kecil tu.Aku bukak dulu hadiah yang en suami bagi..hilang sudah merajuk aku.


Jeng..jeng..jeng..


Versace perfume~Abg terima kasih~~mahalnya..sobsob gaji manja pun belum tentu cukup untuk beli..manja suka sangat thanks sayang~~


Pandai abg pilih..sedap bau die. 
Tak keras lembut sangat bau fresh flower


Suprise sayang!!!!!


Jam menunjukkan 12.35 malam. jadi esok jerlah sambung cerita ni yer huhuhu. Sok nak keje. mengantok tak leh bangun pulak. dah 2 hari bercuti nie. Nite semua~~

6.7.2011 ~ Rabu
Kita sambung lagi cerita semalam yang tak sempat nak diabiskan..mcm episod drama la pulak.


Lepas ni yang lama boleh la simpan yer, guna yang baru..


"Sidia" akan sejuk jer lepas nie..


Jangan lupa tau sayang bersihkan "sidia" dah bertahun "sidia" tak dibersihkan habuk dah tebal berinci2.


sebenarnya manja tak tahu nak beli apa untuk abg..memang la tak semahal apa yang abg beli untuk manja, tapi manja guna duit gaji manja tau..ikhlas dari manja untuk abg =)

Ni saja cerita pasal anniversary aku..pasal percutian yang tertangguh, aku tetap tuntut huhuhuhu~
sekian 



“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)