Sunday, June 12, 2011

Member Kawin - Palong Timur

Cerita semalam  - Sabtu (11.6.2011)

 Aku menghadiri majlis perkahwinan member baik masa belajar kat poly merlimau tahun (2004 - 2006). Seronok giler dah lama tak jumpa member2 lama. Bukan senang nak jumpa kalo tak ada majlis macam nie. Kalo nak buat satu perjumpaan memang susah la masing2 dah ada carier dan family. Majlis perkahwinan di Felda Palong Timur (1) Segamat Johor. First time aku pergi ke sini. Aku pergi konvoi dengan member semua dalam 5 biji kete 3 dari melaka, 1 klang dan 1 lagi KL. Berkumpul di air panas gadek dan of coz ler aku dan en suami mengetuai rombongan kak minah nie hehehe.


Jeng-jeng..cantikkan pelamin member aku nie.. buat kat luar jer kawasan rumah die besar..senang semua orang boleh tengok. kalo zaman dulu2 kena buat dalam uma. skang tak lagi dah up2date.


hah!!!! tu die..berseri pengantin..cantik sangat Pn Siti Bazura..Kuning Diraja lagi, tema pilihan..Nilah kali pertama aku tengok ko bersolek..sebab masa belajar sampai keje susah nak tgk ko pakai gincu hehe. Cantik beb.. Congrat's dear akhirnya disatukan dengan orang yang dicintai. 



Jejaka macho yang hadir.. terima kasih yer semua sebab sudi menunggu kami sampai 2 jam  sehingga pengantin bersanding..Aku ingat kan bersanding jam 1 petang..sebab kat Melaka mcm tu, nie bersanding jam 3 petang jenguh kami menunggu baizura. tapi demi sahabat kami tunggu jugaklah. 


Tengok kami berebut nak bergambar dengan Aziq. Member seusia aku dah ada anak dah..aku sendiri pun tak sempat nak tengok masa baby ari tu.. nie dah 7 bulan. Bila pulak turn aku..sabar menunggu =(


Ceria wajah masing2 maklum ler dah lama tak jumpa, ada jer gosip dan cerita menarik. Semua kisah  dulu2 keluar . Teringat plak kenangan manis dan pahit masa student dulu..seronoknya...



Kebetulan pulak abang cameraman (sipis jer sebelah kanan tu) jurufoto sebelah lelaki masa aku kawin dulu. Die pun dah macam ingat2 lupa.. Yerlah bukan aku artis pun die nak ingat hahaha~~ Bila aku tegur baru die ingat tu pun die cakap muka aku dah lain..uwaaaaa makin tua ke cantik bang luper nak tanya.


Bergambar jap dengan pengantin masa tengah makan. Sebab kiter orang nak balik nie..ermm..sebelum balik sempat aku cium pengantin dan bisik kat telinga
v
v
v
v
v
v
v
v

" dah ke belum  " hahahhaha jahat tak soalan aku.. 
Soalan ni jugak lah yg korang aju kat aku masa kawinkan. So aku balas balik pada kawan2 yer..Jumpa lagi kawan2 i luv u alls so much. Semoga persahabatan kita akan kekal hingga ke akhir hayat. Pada kawan2 yang lain yang tidak dapat hadir kita jumpa di lain hari~~

V
V
V
V
V
V
V


AKu LaH Si PeMbeBeL





No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)