Thursday, June 2, 2011

Langkawi Trip

Selamat Malam Semua...

Dah seminggu aku tak updet blog nie..bukan aper masa tak mengizinkan dan sibuk jer memanjang..Malam nie nak cita pasal trip aku pg Langkawi minggu lepas 27-29 Mei 2011..cerita dah basi tapi nak cerita jugak hehe..korang nak baca ke tak nak tepulanglah..Al kisahnya..masuk nie baru 3 kali aku menjejak kaki ke Pulau Langkawi..Pertama kali masa aku darjah 6 cikgu buat lawatan kesana. Aku beria2 pujuk abah nak pergi..pujuk rayu aku mcm biasalah mesti dapat. 2nd aku baru jer pergi 2 tahun lepas tu pun abg ipar aku saport semuanya huh syok. Kali nie pulak aku pergi dgn member opis..unit aku jer.. 8 orang tapi masing2 bawak family. Aku plak bawak en suami tu pun setelah aku pujuk berkali2.

Kami pergi naik bas yang telah disewa..baru aku tahu naper suami beria2 tak nak ikut hahahaha upernyer takut mabuk sebab tak pernah naik bas jalan jauh..last naik bas 5 tahun yang lepas tu pun dari Melaka ke JB masa zaman belajar dulu..Sebenarnya aku pun sama dah lama tak naik bas jalan jauh..tapi bila pk pergi dgn kawan2 mesti seronok.

Mesti semua orang dah pernah pergikan antara pulau yang tercantik di Malaysia..Pemandangan yang cantik, banyak destinasi lagenda dan bagi aku yg paling penting tempat mak-mak shopping. Kami gerak jumaat jam 10 malam dari melaka. Sepanjang perjalanan aku tgk en suami tido jer..dah mula mabuk ler tu hihikhik~~



Sampai Jeti Kuala Perlis Jam 7.30 pagi..patut naik feri jam 8.00 pagi tapi tak sempat..Feri jam 9.00 pg ditunda jam 10.00 pagi..aduh letihnya menunggu. Ramainya orang maklumlah cuti sekolah dah mula..Berimpit2 nak naik feri.



Ni ferry yang kami naik 'My Ferry 2' 3 tingkat..kami di tingkat 2..


Ala sengal jer muka aku dgn en suami..maklum ler perjalanan jauh..tido plak tak lena .. behenti sampai 6 kali.baru nak tido 2 jam benti..aduh haiii.. perjalanan mengambil masa 1 jam dari jetty Kuala Perlis ke Jetty Langkawi.        1 jam tu jugak la aku tido sebab kepala dah pening..mabuk laut gaknya.



















Akhirnya..kami dah sampai Jeti Pulau Langkawi..baru happy cikit aku tengok muka en suami tersenyum..Lepas azab sekejap agaknya..Tengok muka member aku masing2 tak sabar nak shopping dah. 



Persinggahan pertama kami..disebabkan masa agak terhad hanya 1 ari jer boleh membeli belah..kami terus kesini menghabiskan duit yang ada..aduhhh telokop duit aku dan kawan2. Lepas tu masing2 berpecah.. Jalan sekitar pekan kuah jer sebab objektif datang sini nak shopping so tak ada jalan2 tgk tempat2 lagenda ke, pantai ker, pulau ker, tak ada ..kat pekan kuah jer dari tengahari sampai petang.


Lepas abis shopping baru check -in. Hotel ni pun last minit member booking nasib baik ada dekat sangat dgn pekan kuah. Harga pun murah RM150 satu malam siap breakfast untuk 2 orang. 





Jenis Bilik Standart Room. Sesuai untuk 2 orang. Hotel ni  untuk mereka yang budget kecik mcm aku..Kalo korang datang untuk honeymoon atau holiday better cari hotel yang mahal dan lebih baik..ni satu malam untuk dtg shopping saja boleh la hehehe..




Lepas makan malam kami lepak jap kat dataran helang dengan 2,3 orang member yang sama..yang lain tak kluar aku rasa diorang dah pengsan shopping petang tadi. Aku dengan en. suami pakai selipar jepun jer mcm kat kampung plak aku buat. tapi korang nak tahu kenapa aku pakai selipar jepun, of coz dah malam orang tak nampak hehe tapi sebenarya kaki aku melecet ..petang tadi jalan sampai tak hengat!!! gambar helang gelap plak banyak kali aku snap..mcm tu jugak..ke camera aku yang tak canggih..











Hari Ke-3 nak balik dah..sementara tunggu ferry sampai..Aku dgn en.suami pergi mengurut badan yang sengal2 nie.//8 minit - RM3.00\\ murah jer..Tengok en.suami sampai tetido2 kat kerusi tu..




Ni Plak ferry yang kami naik masa balik 'Coral Island 1'. Otw nak balik Melaka kami singgah jap Padang Besar shopping la aper lagi..baju Thailand murah2. Lepas tu terus balik ke Melaka,sampai jam 3.00 pagi..isnin plak ada meeting kena pg opis jugak walaupun mata dah tak boleh nak bukak. Selasa terus aku ambik EL penat beb. Ok ni  jer story aku yang tak braper nak best hahaha..Next time boleh datang lagi untuk honeymoon plak. Sakit tengkuk aku meniarap atas katil nie..ok bubyee..selamat malam.

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)