Sunday, June 12, 2011

KL Gangster

Lagi Cerita Semalam Sabtu (11.6.2011)

(Pinjam Gambar Dari Uncle Google)

Sinopsis Filem KL Gangster 2011 (aku copy / pinjam dari iawani.com)
Malek adalah seorang gangster yang baru bebas dari penjara setelah tamat menjalani hukuman selama 5 tahun. Malek mahu melupakan dunia gangster dan pergaduhan lalu memilih untuk menjalani hidup sebagai orang biasa dengan azam baru. Sekuat manapun Malek cuba lari dari dunia gangster, dunia hitam itu cuba mengejarnya untuk menarik Malek kembali semula ke kancah pergaduhan sesama gangster. Malek berusaha meredakan amukan Shark yang kini mahu menguasai kawasan Kuala Lumpur. Kemunculan semula Malek adalah ancaman paling hebat buat Shark kerana Shark merasakan Malek adalah halangan paling buat dia untuk muncul menjadi gangster terhebat.

Lebih parah lagi, Jai iaitu adik kandung Malek kini berpihak kepada Shark dan menjadi orang kanan Shark yang paling setia. Sanggupkan Malek menumpaskan adik kandungnya sendiri? Berjayakah Malek menentang Shark? Bagaimana nasib Malek nanti?

Masihkah ada peluang untuk Malek memperbaiki dirinya?
Korang tengoklah sendiri yer..

Nie plak cerita aku sendiri  tak ada copy mana2 kecuali gambar aku pinjam dari Uncle Google~~


Semalam tak habis lagi penat menghadiri malis member kawin..en suami ajak p tengok wayang. Cerita yang en suami tertunggu2 dari bulan lepas..Huh aku sendiri pun terpukau dengan aksi2 tumbuk menumbuk, kejar mengejar dan paling best nak pecah perut aku gelak tengok aksi si Fadil lakonan ( johan rajalawak). Tapi jangan korang tak sangka..aku menangis dalam panggung wayang bab lakonan ibu kepada malek sedih giler masa tu die jual kepek tepi jalan sambil diperhatikan malek..aduh dah dasar ati mcm lengkong bak kate en suami meleleh air mata.


Shark lakonan (Shamsul) -  memang sesuai la watak ko yang tamak, ego, gila kuasa dan duit. Tatu kat leher tu la nampak watak nie jahat giler dan menjadi.


Aron Aziz muka macho dan hensem macam nie lebih berkesan dalam cerita NORA ELENA. Walau mcm mana pun watak sebagai anak yg masih lagi bertanggungjawab dan mengenag budi buat aku nangis tau.


Jai lakonan(Ady putra) tak payah cakap lah pasal lakonan die mantap dan berkesan beb~~ Bagi jerlah watak ape pun 10 bintang  aku bagi. Abang tak abang saper kacau aku pecah!!!
Ayat yang paling aku ingat dan kelakar " Seramnyer~~" best giler.


Ni bukan Mail Lambung ek..Lakonan johan untuk watak ganas tapi kelakar memang best..masa part last kena tikam dengan shark aduh sakit perut aku nampak real..


Lakonan sofi ke sopi(betul ke nama die nie) die jarang aku tengok berlakon. Tapi sekali berlakon memang power. Tak tahu nak ulas watak die nie mcm mana. Orang bawahan dragon~~sempoi jer watak die tapi ada class.

 KL Gangster Official Trailer klik SINI

Korang p tengok sendiri yer nak tahu best ke tak??? 

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)