Wednesday, June 15, 2011

Ditepi Pantai Bersama Ayamas

Kami dah berbaik semula!!!!

Tu pun nak kecoh..padahal gaduh2 manja jer~~
Hari ni aku MC lagi ..kecewa , duka dan lara ingatkan lewat seminggu dah nak menjadi belum rezeki kami lagi. Dari pagi selepas pulang dari klinik aku terus memerap dalam bilik sampai la kepetang kerana menahan sakit perut yang mencucuk2 dan bisa nie.. Bila la nak hilang penyakit senggugut aku ni~~orang kata lepas kawin boleh hilang x boleh pakai la cakap2 orang nie.

Ehhhh dah out of topic plak aku nie..Petang tadi kami berdua dating di tepi Pantai bersama Ayamas. Seronoknya mengembalikan semula kenangan masa mula2 bercinta dulu..


Kami singgah dulu Kedai Ayamas~~aku tak turun en suami turun sorang. Aku tukang pemerhati jer dari jauh sambil snap beberapa keping gambar yang patut hehe.


Dalam 10 minit menunggu en suami dah muncul depan pintu.. En suami tengah masukkan duit dalam dompet dulu takut cicir plak duit dan ditangannya ada sebungkus plastik Ayamas!!!! Saper punya helmet dengan motor la nie mengganggu pemandangan aku nak snap gambar tau..


 



Lokasi : Padang Kemunting, Pengkalan Balak Melaka
Jarak Dari Rumah Aku : 10 minit jer
Aper Yang Best Disi Sini : Hari cuti ramai suka datang untuk mandi-manda, beriadah, berehat  bersama keluarga, camping atau BBQ.
Suasana : Kampung
Kemudahan : Chalet disepanjang tepi pantai dengan harga yang murah (RM50 - RM130)



(Sempat lagi aku promosi tu..tak dapat komisen pun saja nak bagi tahu ada tempat best kat Melaka yang korang tak tahu hehehe) Berbalik2 pada cita aku tadi



Nie yang en suami beli tadi :
Golden Roaster
1/4 - Rm10.90
Cukup ler untuk kami berdua






Kami menikmati makanan dengan tiupan angin sepoi2 bahasa..sambil bercerita tetang rumah tangga dan gosip kawan-kawan hehhee



Wahhh bersih licin dengan tulang2 kami habiskan..Alhamdulilah kenyang.. Jadi malam nie kami tak makan malam. Lepas makan dan panjangnya kami berborak macam tak ada hari lain pulak ek hehe  kami berpoya-poya sekejap sebelum balik

V
V
V
V
V
V
V
V









Cukuplah untuk hari ini kami berpoya-poya sebab dah nak hampir senja.

"Sungguh indah ciptaanmu ilahi dan begitu indahnya perhubungan kami yang telah kau temukan dan jodohkan untuk kami"

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)