Wednesday, June 8, 2011

Cantik dengan Mary Kay

Cantik adalah impian setiap wanita..tapi sebagai hamba Allah dimuka bumi ini kita perlu bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan..Tapi tak salah rasanya kan kita menambah kecantikan selagi kita tidak mengubah ciptaannya.. bermadah-madah plak hehe.

Nampak gayanya aku memang dah jatuh cinta dengan produk Mary Kay. Entry sebelum ni aku  dah cerita  begitu marvelousnya pencuci muka dan moisturizer kan.. Malam yg indah nie plak aku nak cerita 2 lagi produk yang aku dah cuba.

^
^
^
^
^
^
^
^
^


Timewise Liquid Foundation
Kulit Kombinasi/Berminyak - Ivory 5
Rm 70.00

Sebelum ni dah macam2 foundation  aku try.. asik tukar2 je..tapi satu pun tak brape memuaskan..Aku penah cube maybeline, silky girl, sendayu tinggi~~sebenarnya bukan produk ni yg tak bagus tapi muka aku nie jer yg yang tak sesuai agaknya. Tapi lepas guna Timewise Liquid Foundation Mary Kay nie mcm best plak muka tak berkilat pun walaupun kat panas terik..lembap dan tak lagi bercapuk2. Lagi satu pakai cikit jer dah rata.
Seperti yang kawan aku terangkan ia membantu meneutralkan kerosakan kulit yang disebabkan faktor umur. Senang cita sebagai penentang garis halus atau kedutan dimuka kita. Macam anti penuaan juga fungsinya. Jadi Kulit akan tegang dan yang penting lebih sehat.



Timewise Eye Revitalizer
Rm115

Aku tak pernah guna ape2 produk pun untuk bahagian mata sebelum nie..
Tapi sejak umur dah mula meningkat nie..lingkaran hitam dan sembab dimata makin jelas kelihatan. Sebelum nie ada jugak kawan2 yang tegur tanya diana awak kurang tido ker..??? sampai skang pun ditempat kerja masih ada lagi yang tanya soalan yang sama..kadang2 aku jawab entah fator genetik agaknya..nak kata kurang tido skang dah lebih2 tido hehe..lepas guna Eye Revitalizer Mary Kay 
nampak dah kurang sembab cuma lingkaran hitam dan gelap tu mungkin mengambil masa..cuma ada bau sedikit masa mula2 kita letak bila dah kering bau akan hilang tak melekit dan senang untuk sapu sebab ada bebola kecil.

Selamat mencuba..mana tahu segala masalah yang membelengu diri selama ini dapat diatasi..Disamping untuk meningkatkan kenyakinan diri.
walau macam mana pun aku tetap berpegang dengan prinsip :-
<<<kecantikan adalah milik setiap wanita>>>

2 comments:

aTy _faRed~ said...

mak saye pakai ni..:)

Ros Diana said...

wahhhh bestnyerr mak aty pakai produk nie..mesti jauh lebih muda dari usia sebenar =)

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)