Sunday, June 19, 2011

Apa En.Suami Suka Tentang Aku

Ari Jumaat ari tu otw balik keje sambil drive aku sms dgn en.suami. Sepanjang perjalanan aku menekan button hp dgn excitednya..tanya soalan yg bukan2 "abg sayang manja tak? en suami jawab sayang. Aku tanya lagi abg rindu manja tak? en suami jawab rindu. Apa yang abg suka tentang manja?..en suami jawab awak ni kenapa tanya soalan2 mcm nie??? Aku jawab dulu masa bercinta, apa manja tanya abg tak kata aper2 pun.. Terus en suami call nanti abg bg tahu bila manja dah sampai uma.

 Apa yang En. Suami Suka Tentang Aku : -


  • Mengambil Berat
    • En. Suami seorang yang ambil mudah jer..tak kira lah mengenai pakaian, apa yang en suami makan, sakit Semua perkara aku yang  kena jaga.Mungkin selama ni tak ada sapa ambil berat tentang en suami.
  • Berdikari
    • Aku memang tak suka susahkan hidup orang lain walaupun suami sendiri. Selagi aku boleh buat, aku akan buat. Pergi kerja drive sendiri sedangkan en suami boleh hantar, Urusan bank setiap ujung bulan, pergi beli barang2 rumah dan kalo suami bz aku sendiri akan drive balik uma mak. 
  • Pandai Memasak
    • Aku jarang memasak..tapi kalo sekali sekala masak en suami mesti puji hehe. Kalo sedap die akan cakap sedap, En Suami lebih suka makan dirumah.Tapi selalunya  makan diluar jer.
  • Gebu dan Cantik
    • Hanya en suami jer yang boleh menilai.. isteri sendiri mestilah pada pandangan mata dia cantik hehehe.
  • Bermata sepet
    • Ni yang aku tak tahan nak gelak..orang kata dari mata turun       ke hati. Mungkin mata yang sepet nie buat en suami jatuh hati.
  • Suka Ketawa
    • Memang tak nafikan aku suka ketawa..Nak2 en suami yang buat lawak2 bodoh kan. Ketawa boleh buat kita awet muda uwaaahaa~~

Tu jer yang en suami sempat bagi tahu pada ari jumaat yang lepas dah malam ngantok katanya nak tido.. nanti kalo abg TERingat abg bagi tahu lagi. Boleh plak mcm tu kan~~ so aku akan updated lagi lah.

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)