Tuesday, June 28, 2011

Aku Dah Seperti Biasa

Alhamdulilah..semuanya dah kembali normal~~

Melalui kehidupan yang gembira, sedih dan duka..semua ini akan mengajar aku erti kehidupan dan mendewasakan aku..Minggu lepas aku tumpas dengan perasaan sendiri hingga memberi kesan kepada orang tersayang..

Terima kasih abg..kerana memujuk ati dan perasaan ini..kenapa manja tak seperti abg penuh dengan kesabaran, tabah menghadapi segala dugaan..tak pernah manja tengok abg berdukacita dengan apa yang berlaku. Begitu kuatnya diri abg..manja bangga dan bersyukur memiliki abg. Begitu indah dan sempurna ciptaan ilahi~~

Terima kasih bawak manja balik kampung weekend yang lepas jumpa mak dan abah..abg masih ingat lagi upernya pesan manja.. kalo manja rasa sedih bawak manja balik jumpa mak dan abah tu jer penawarnya~~ manja belum terbiasa lagi berjauhan dgn mak dan abah..walaupun satu negeri.. 25 tahun manja tak pernah berjauhan..tak kesah lah orang nak cakap apa ~kalo katak bawah tempurung~manja bawah ketiak mak & abah.

Tak moh lagi tension2, sedih2.. kehidupan ni mcm roda..malas nak sambung ayat nie..semua orang dah tahu..
Apepun terima kasih abg siap bawak manja reflexology minggu yang lepas..



Foot Reflexology
Aku buat 30 mins - RM25
Tempat : Thai Wadee Dataran Pahlawan Melaka




Ni jer gambar yg en suami sempat ambik..baik ada..
Orang yang urut tu drpd Thailand, memang terasa la..sakit woooo
lepas tu badan rasa ringan jer lepas bangun tido.




Sian aku pucat jer muka..dah mcm orang sakit...tapi memang sakit pun..sakit hati dan perasaan ngehngeh




Orang sakit lepas jalan2 makan2 baik dah sakit lepas tu..




Kalo dah boleh tersenyum tu maknanya dah ok lah tu hehehe..


p/s : Wahai lelaki perempuan kalo berpenyakit mcm nie.. 
mereka inginkan perhatian~~

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)