Tuesday, June 28, 2011

Aku Dah Seperti Biasa

Alhamdulilah..semuanya dah kembali normal~~

Melalui kehidupan yang gembira, sedih dan duka..semua ini akan mengajar aku erti kehidupan dan mendewasakan aku..Minggu lepas aku tumpas dengan perasaan sendiri hingga memberi kesan kepada orang tersayang..

Terima kasih abg..kerana memujuk ati dan perasaan ini..kenapa manja tak seperti abg penuh dengan kesabaran, tabah menghadapi segala dugaan..tak pernah manja tengok abg berdukacita dengan apa yang berlaku. Begitu kuatnya diri abg..manja bangga dan bersyukur memiliki abg. Begitu indah dan sempurna ciptaan ilahi~~

Terima kasih bawak manja balik kampung weekend yang lepas jumpa mak dan abah..abg masih ingat lagi upernya pesan manja.. kalo manja rasa sedih bawak manja balik jumpa mak dan abah tu jer penawarnya~~ manja belum terbiasa lagi berjauhan dgn mak dan abah..walaupun satu negeri.. 25 tahun manja tak pernah berjauhan..tak kesah lah orang nak cakap apa ~kalo katak bawah tempurung~manja bawah ketiak mak & abah.

Tak moh lagi tension2, sedih2.. kehidupan ni mcm roda..malas nak sambung ayat nie..semua orang dah tahu..
Apepun terima kasih abg siap bawak manja reflexology minggu yang lepas..



Foot Reflexology
Aku buat 30 mins - RM25
Tempat : Thai Wadee Dataran Pahlawan Melaka




Ni jer gambar yg en suami sempat ambik..baik ada..
Orang yang urut tu drpd Thailand, memang terasa la..sakit woooo
lepas tu badan rasa ringan jer lepas bangun tido.




Sian aku pucat jer muka..dah mcm orang sakit...tapi memang sakit pun..sakit hati dan perasaan ngehngeh




Orang sakit lepas jalan2 makan2 baik dah sakit lepas tu..




Kalo dah boleh tersenyum tu maknanya dah ok lah tu hehehe..


p/s : Wahai lelaki perempuan kalo berpenyakit mcm nie.. 
mereka inginkan perhatian~~

Wednesday, June 22, 2011

Terlalu Ikutkan Perasaan..

Terlalu ikutkan perasaan..Macam ni lah jadinya~~


Maafkan manja bukan niat untuk tengking atau marahkan abg..
Tolong maafkan manja yer..
Abg cakap sejak 2,3 ari nie mud manja makin tak siuman kan.
A'ah manja pun tak tahu kenapa!!


Rasa nak marah dan mengamuk jer..
Sejak akhir2 nie pun abg asyik kluar malam jumpa kawan2 jer..
abg tahu kan manja sorang..bosan,
internet tak ada apa2 makna untuk manja..
Manja cuma nak abg disisi manja tu jer..melayan krenah manja..
Manja sunyi!!!!

Tuesday, June 21, 2011

Oohhhh Tidakkk!!!

Dari semalam hati mula rasa tak sedap..jiwa rasa kacau, tak tahu apa sebenarnya yang membelengu diri.
 Mud down sejak semalam..x ada mud nak cerita apa2.
 Tuhanku berilah ketenangan pada hambamu ini.
Terlalu sarat rasanya jiwa ini untuk menampung entah apa2 masalah macam dah ada anak 10~~

Agaknya semalam dan ari nie aku tido waktu magrib badan jadi letih,
 Otak rasa tepu, perasaan tak tentu arah..tapi apa yang aku rasa sekarang aku tak Happy!!!!!

tolonglahhhhh!!!!

sekian je untuk malam yang suram ini~~




Sunday, June 19, 2011

Apa En.Suami Suka Tentang Aku

Ari Jumaat ari tu otw balik keje sambil drive aku sms dgn en.suami. Sepanjang perjalanan aku menekan button hp dgn excitednya..tanya soalan yg bukan2 "abg sayang manja tak? en suami jawab sayang. Aku tanya lagi abg rindu manja tak? en suami jawab rindu. Apa yang abg suka tentang manja?..en suami jawab awak ni kenapa tanya soalan2 mcm nie??? Aku jawab dulu masa bercinta, apa manja tanya abg tak kata aper2 pun.. Terus en suami call nanti abg bg tahu bila manja dah sampai uma.

 Apa yang En. Suami Suka Tentang Aku : -


  • Mengambil Berat
    • En. Suami seorang yang ambil mudah jer..tak kira lah mengenai pakaian, apa yang en suami makan, sakit Semua perkara aku yang  kena jaga.Mungkin selama ni tak ada sapa ambil berat tentang en suami.
  • Berdikari
    • Aku memang tak suka susahkan hidup orang lain walaupun suami sendiri. Selagi aku boleh buat, aku akan buat. Pergi kerja drive sendiri sedangkan en suami boleh hantar, Urusan bank setiap ujung bulan, pergi beli barang2 rumah dan kalo suami bz aku sendiri akan drive balik uma mak. 
  • Pandai Memasak
    • Aku jarang memasak..tapi kalo sekali sekala masak en suami mesti puji hehe. Kalo sedap die akan cakap sedap, En Suami lebih suka makan dirumah.Tapi selalunya  makan diluar jer.
  • Gebu dan Cantik
    • Hanya en suami jer yang boleh menilai.. isteri sendiri mestilah pada pandangan mata dia cantik hehehe.
  • Bermata sepet
    • Ni yang aku tak tahan nak gelak..orang kata dari mata turun       ke hati. Mungkin mata yang sepet nie buat en suami jatuh hati.
  • Suka Ketawa
    • Memang tak nafikan aku suka ketawa..Nak2 en suami yang buat lawak2 bodoh kan. Ketawa boleh buat kita awet muda uwaaahaa~~

Tu jer yang en suami sempat bagi tahu pada ari jumaat yang lepas dah malam ngantok katanya nak tido.. nanti kalo abg TERingat abg bagi tahu lagi. Boleh plak mcm tu kan~~ so aku akan updated lagi lah.

Wednesday, June 15, 2011

Ditepi Pantai Bersama Ayamas

Kami dah berbaik semula!!!!

Tu pun nak kecoh..padahal gaduh2 manja jer~~
Hari ni aku MC lagi ..kecewa , duka dan lara ingatkan lewat seminggu dah nak menjadi belum rezeki kami lagi. Dari pagi selepas pulang dari klinik aku terus memerap dalam bilik sampai la kepetang kerana menahan sakit perut yang mencucuk2 dan bisa nie.. Bila la nak hilang penyakit senggugut aku ni~~orang kata lepas kawin boleh hilang x boleh pakai la cakap2 orang nie.

Ehhhh dah out of topic plak aku nie..Petang tadi kami berdua dating di tepi Pantai bersama Ayamas. Seronoknya mengembalikan semula kenangan masa mula2 bercinta dulu..


Kami singgah dulu Kedai Ayamas~~aku tak turun en suami turun sorang. Aku tukang pemerhati jer dari jauh sambil snap beberapa keping gambar yang patut hehe.


Dalam 10 minit menunggu en suami dah muncul depan pintu.. En suami tengah masukkan duit dalam dompet dulu takut cicir plak duit dan ditangannya ada sebungkus plastik Ayamas!!!! Saper punya helmet dengan motor la nie mengganggu pemandangan aku nak snap gambar tau..


 



Lokasi : Padang Kemunting, Pengkalan Balak Melaka
Jarak Dari Rumah Aku : 10 minit jer
Aper Yang Best Disi Sini : Hari cuti ramai suka datang untuk mandi-manda, beriadah, berehat  bersama keluarga, camping atau BBQ.
Suasana : Kampung
Kemudahan : Chalet disepanjang tepi pantai dengan harga yang murah (RM50 - RM130)



(Sempat lagi aku promosi tu..tak dapat komisen pun saja nak bagi tahu ada tempat best kat Melaka yang korang tak tahu hehehe) Berbalik2 pada cita aku tadi



Nie yang en suami beli tadi :
Golden Roaster
1/4 - Rm10.90
Cukup ler untuk kami berdua






Kami menikmati makanan dengan tiupan angin sepoi2 bahasa..sambil bercerita tetang rumah tangga dan gosip kawan-kawan hehhee



Wahhh bersih licin dengan tulang2 kami habiskan..Alhamdulilah kenyang.. Jadi malam nie kami tak makan malam. Lepas makan dan panjangnya kami berborak macam tak ada hari lain pulak ek hehe  kami berpoya-poya sekejap sebelum balik

V
V
V
V
V
V
V
V









Cukuplah untuk hari ini kami berpoya-poya sebab dah nak hampir senja.

"Sungguh indah ciptaanmu ilahi dan begitu indahnya perhubungan kami yang telah kau temukan dan jodohkan untuk kami"

Tuesday, June 14, 2011

Perempuan Kuat Merajuk

Sejak akhir2 nie kuat sangat aku merajuk..tak boleh la salah sikit mesti nak tarik muncung sampai boleh sangkut sudu. Perubahan hormon agaknya~~hormon pulak disalahkan~~
 Tapi setiap kali merajuk en suami dengan rendah dirinya akan memujuk.  Padahal benda-benda kecik jer..x masuk diakal langsung aku nie~~sedar plak tu~~

Bila merajuk mcm biasalah aku akan boikot untuk makan..kenapalah perangai aku nie tak boleh ubah sejak dari sekolah rendah lagi.
 Dah mcm satu tabiat plak kalo merajuk x nak makan~~ kalo budak2 kecik perangai mcm nie masuk akal jugaklahkan. Nie dah tua bangka pun buat perangai lagi.

Sedih bila en suami bawak masuk nasi dalam bilik dan suapkan makan..sampai begitu sekali en suami melayan aku. 
Tapi naperlah ego aku nie keras mcm batu..
memang dasar perempuan kuat merajuk (bukan korang tapi aku).

Sunday, June 12, 2011

KL Gangster

Lagi Cerita Semalam Sabtu (11.6.2011)

(Pinjam Gambar Dari Uncle Google)

Sinopsis Filem KL Gangster 2011 (aku copy / pinjam dari iawani.com)
Malek adalah seorang gangster yang baru bebas dari penjara setelah tamat menjalani hukuman selama 5 tahun. Malek mahu melupakan dunia gangster dan pergaduhan lalu memilih untuk menjalani hidup sebagai orang biasa dengan azam baru. Sekuat manapun Malek cuba lari dari dunia gangster, dunia hitam itu cuba mengejarnya untuk menarik Malek kembali semula ke kancah pergaduhan sesama gangster. Malek berusaha meredakan amukan Shark yang kini mahu menguasai kawasan Kuala Lumpur. Kemunculan semula Malek adalah ancaman paling hebat buat Shark kerana Shark merasakan Malek adalah halangan paling buat dia untuk muncul menjadi gangster terhebat.

Lebih parah lagi, Jai iaitu adik kandung Malek kini berpihak kepada Shark dan menjadi orang kanan Shark yang paling setia. Sanggupkan Malek menumpaskan adik kandungnya sendiri? Berjayakah Malek menentang Shark? Bagaimana nasib Malek nanti?

Masihkah ada peluang untuk Malek memperbaiki dirinya?
Korang tengoklah sendiri yer..

Nie plak cerita aku sendiri  tak ada copy mana2 kecuali gambar aku pinjam dari Uncle Google~~


Semalam tak habis lagi penat menghadiri malis member kawin..en suami ajak p tengok wayang. Cerita yang en suami tertunggu2 dari bulan lepas..Huh aku sendiri pun terpukau dengan aksi2 tumbuk menumbuk, kejar mengejar dan paling best nak pecah perut aku gelak tengok aksi si Fadil lakonan ( johan rajalawak). Tapi jangan korang tak sangka..aku menangis dalam panggung wayang bab lakonan ibu kepada malek sedih giler masa tu die jual kepek tepi jalan sambil diperhatikan malek..aduh dah dasar ati mcm lengkong bak kate en suami meleleh air mata.


Shark lakonan (Shamsul) -  memang sesuai la watak ko yang tamak, ego, gila kuasa dan duit. Tatu kat leher tu la nampak watak nie jahat giler dan menjadi.


Aron Aziz muka macho dan hensem macam nie lebih berkesan dalam cerita NORA ELENA. Walau mcm mana pun watak sebagai anak yg masih lagi bertanggungjawab dan mengenag budi buat aku nangis tau.


Jai lakonan(Ady putra) tak payah cakap lah pasal lakonan die mantap dan berkesan beb~~ Bagi jerlah watak ape pun 10 bintang  aku bagi. Abang tak abang saper kacau aku pecah!!!
Ayat yang paling aku ingat dan kelakar " Seramnyer~~" best giler.


Ni bukan Mail Lambung ek..Lakonan johan untuk watak ganas tapi kelakar memang best..masa part last kena tikam dengan shark aduh sakit perut aku nampak real..


Lakonan sofi ke sopi(betul ke nama die nie) die jarang aku tengok berlakon. Tapi sekali berlakon memang power. Tak tahu nak ulas watak die nie mcm mana. Orang bawahan dragon~~sempoi jer watak die tapi ada class.

 KL Gangster Official Trailer klik SINI

Korang p tengok sendiri yer nak tahu best ke tak??? 

Member Kawin - Palong Timur

Cerita semalam  - Sabtu (11.6.2011)

 Aku menghadiri majlis perkahwinan member baik masa belajar kat poly merlimau tahun (2004 - 2006). Seronok giler dah lama tak jumpa member2 lama. Bukan senang nak jumpa kalo tak ada majlis macam nie. Kalo nak buat satu perjumpaan memang susah la masing2 dah ada carier dan family. Majlis perkahwinan di Felda Palong Timur (1) Segamat Johor. First time aku pergi ke sini. Aku pergi konvoi dengan member semua dalam 5 biji kete 3 dari melaka, 1 klang dan 1 lagi KL. Berkumpul di air panas gadek dan of coz ler aku dan en suami mengetuai rombongan kak minah nie hehehe.


Jeng-jeng..cantikkan pelamin member aku nie.. buat kat luar jer kawasan rumah die besar..senang semua orang boleh tengok. kalo zaman dulu2 kena buat dalam uma. skang tak lagi dah up2date.


hah!!!! tu die..berseri pengantin..cantik sangat Pn Siti Bazura..Kuning Diraja lagi, tema pilihan..Nilah kali pertama aku tengok ko bersolek..sebab masa belajar sampai keje susah nak tgk ko pakai gincu hehe. Cantik beb.. Congrat's dear akhirnya disatukan dengan orang yang dicintai. 



Jejaka macho yang hadir.. terima kasih yer semua sebab sudi menunggu kami sampai 2 jam  sehingga pengantin bersanding..Aku ingat kan bersanding jam 1 petang..sebab kat Melaka mcm tu, nie bersanding jam 3 petang jenguh kami menunggu baizura. tapi demi sahabat kami tunggu jugaklah. 


Tengok kami berebut nak bergambar dengan Aziq. Member seusia aku dah ada anak dah..aku sendiri pun tak sempat nak tengok masa baby ari tu.. nie dah 7 bulan. Bila pulak turn aku..sabar menunggu =(


Ceria wajah masing2 maklum ler dah lama tak jumpa, ada jer gosip dan cerita menarik. Semua kisah  dulu2 keluar . Teringat plak kenangan manis dan pahit masa student dulu..seronoknya...



Kebetulan pulak abang cameraman (sipis jer sebelah kanan tu) jurufoto sebelah lelaki masa aku kawin dulu. Die pun dah macam ingat2 lupa.. Yerlah bukan aku artis pun die nak ingat hahaha~~ Bila aku tegur baru die ingat tu pun die cakap muka aku dah lain..uwaaaaa makin tua ke cantik bang luper nak tanya.


Bergambar jap dengan pengantin masa tengah makan. Sebab kiter orang nak balik nie..ermm..sebelum balik sempat aku cium pengantin dan bisik kat telinga
v
v
v
v
v
v
v
v

" dah ke belum  " hahahhaha jahat tak soalan aku.. 
Soalan ni jugak lah yg korang aju kat aku masa kawinkan. So aku balas balik pada kawan2 yer..Jumpa lagi kawan2 i luv u alls so much. Semoga persahabatan kita akan kekal hingga ke akhir hayat. Pada kawan2 yang lain yang tidak dapat hadir kita jumpa di lain hari~~

V
V
V
V
V
V
V


AKu LaH Si PeMbeBeL





Wednesday, June 8, 2011

Cantik dengan Mary Kay

Cantik adalah impian setiap wanita..tapi sebagai hamba Allah dimuka bumi ini kita perlu bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan..Tapi tak salah rasanya kan kita menambah kecantikan selagi kita tidak mengubah ciptaannya.. bermadah-madah plak hehe.

Nampak gayanya aku memang dah jatuh cinta dengan produk Mary Kay. Entry sebelum ni aku  dah cerita  begitu marvelousnya pencuci muka dan moisturizer kan.. Malam yg indah nie plak aku nak cerita 2 lagi produk yang aku dah cuba.

^
^
^
^
^
^
^
^
^


Timewise Liquid Foundation
Kulit Kombinasi/Berminyak - Ivory 5
Rm 70.00

Sebelum ni dah macam2 foundation  aku try.. asik tukar2 je..tapi satu pun tak brape memuaskan..Aku penah cube maybeline, silky girl, sendayu tinggi~~sebenarnya bukan produk ni yg tak bagus tapi muka aku nie jer yg yang tak sesuai agaknya. Tapi lepas guna Timewise Liquid Foundation Mary Kay nie mcm best plak muka tak berkilat pun walaupun kat panas terik..lembap dan tak lagi bercapuk2. Lagi satu pakai cikit jer dah rata.
Seperti yang kawan aku terangkan ia membantu meneutralkan kerosakan kulit yang disebabkan faktor umur. Senang cita sebagai penentang garis halus atau kedutan dimuka kita. Macam anti penuaan juga fungsinya. Jadi Kulit akan tegang dan yang penting lebih sehat.



Timewise Eye Revitalizer
Rm115

Aku tak pernah guna ape2 produk pun untuk bahagian mata sebelum nie..
Tapi sejak umur dah mula meningkat nie..lingkaran hitam dan sembab dimata makin jelas kelihatan. Sebelum nie ada jugak kawan2 yang tegur tanya diana awak kurang tido ker..??? sampai skang pun ditempat kerja masih ada lagi yang tanya soalan yang sama..kadang2 aku jawab entah fator genetik agaknya..nak kata kurang tido skang dah lebih2 tido hehe..lepas guna Eye Revitalizer Mary Kay 
nampak dah kurang sembab cuma lingkaran hitam dan gelap tu mungkin mengambil masa..cuma ada bau sedikit masa mula2 kita letak bila dah kering bau akan hilang tak melekit dan senang untuk sapu sebab ada bebola kecil.

Selamat mencuba..mana tahu segala masalah yang membelengu diri selama ini dapat diatasi..Disamping untuk meningkatkan kenyakinan diri.
walau macam mana pun aku tetap berpegang dengan prinsip :-
<<<kecantikan adalah milik setiap wanita>>>

Sunday, June 5, 2011

Petua Rumah Tangga Bahagia

1.    Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.


2.  Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.


3.  Pastikan mulut dan badan kita tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.


4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.


5. Gaya penampilan yang sama, buat suami akan jemu dengan kita. Sekali sekala ubah la penampilan.


6. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.


7. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.


8. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).


9. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.


10. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.


11. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.


12. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.


13. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.


14. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.


15. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.


16. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.


17. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.


18. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.


19. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.


20. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.


21. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.


22. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya..


sebagai renungan dan panduan..   

***Petua-petua adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)