Monday, May 16, 2011

Ulser mulut yang teruk

Minggu lepas aku kena ulser mulut dekat lidah yang teruk..tak pernah la sakit ulser mulut aku jumpa doc sampai 2 kali..dan 2 kali juga la aku dapat MC..ikutkan ati nak jer MC seminggu..bukan korang tak tahu penyakit tanpa diundang nie tetiber jer boleh muncul dalam mulut nie yg akan membuat selera makan terbantut, nak bercakap pun susah, nak gosok gigi sakit dan paling teruk stress!!!Seminggu lebih jugak la aku menderita kerana ulser..mcm2 petua dah aku buat..






Aku letak bonjela..pedih jgn cakap la..kebas sekejap jer pastu sakit balik..orang cakap bonjela nie  tak boleh digunakan..tak pasti la samada isi kandungan apa yg digunakan..kena tanya yang pakar..but still ada jual dimana2 so tak boleh pakai la cakap2 mulut nie kan

Nak letak dah la susah sebab licin kan kat lidah..pastu plak dah letak aku dok jilat planta tu..ermm tak jalan jugak..mulut makin sakit nie..


letak juga uncang teh orang kater boleh meredakan bisa dan kurangkan bengkak..aku try jugak buat..ok la sekejap jer bisa reda but after that still sakit.Uncang teh tu kan besar letak atas lidah aku sakit mulut nak kemam..lenguh..


Akhirnya aku memecahkan rekod aku meletakkan garam yang tak pernah aku buat selama aku  kena ulser..member cakap cepat baik..memang membunuh..berair2 biji mata umpama mata pisau dihiris dekat lidah  aku..hasilnya makin teruk.. ulser  semakin membengkak 


Tak boleh jadi aku pg jumpa doc yang pertama..biasalahkan doc akan bg dulu nasihat2 berguna suruh minum air suam banyak..die tak tahu dah bergelen air suam aku minum..banyak makan buah2an, mcm buah betik bagus untuk ulser mulut. Pastu doc bg aku mcm gel sama gak fungsi mcm bonjela..letak hilang sekejap bisa pastu sakit balik..uwaaaaa..siap dengan antibiotik dan ubat tahan sakit..4 ari aku makan..tak jugak baik..ulser semakin membesar..sehingga sukar untuk bercakap dan aku asyik nangis mcm budak kecik..

En Suami rasa kesian dan risau tengok keadaan aku yg dah tak terurus..terus bawa aku pg klinik ke 2 yang lebih baik..itu pun dicadangkan oleh member opis aku. Kalo tgk dari luar, klinik tu buruk jer..(tak ada gambar plak..mulut dah sakit tak sempat nak snap)..doc perempuan umo lingkungan 30-40 cantik, lembut jer bila bercakap..ilang cikit sakit aku nie..die bagi aku 2 biji vitamin C, ubat kumur dan gel mcm simen (keno oral paste) untuk sapu..alhamdulilah syukur yaAllah 3 ari jer ulser dah sembuh..berkat kesungguhan aku mencari penawar ULSER MULUT.

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)