Tuesday, May 17, 2011

Teratak Ayahanda & Bonda

Hari ini aku nak share cerita pasal renovate rumah mak dan abah kat kampung..nak cerita pasal rumah aku belum ada lagi uwaaaa..InsyaAllah perancangan tu memang ada cuma tunggu jer lah hehe. Start renovate rumah hari tu bulan 2 dan siap sepenuhnya akhir bulan 4..Tahun Lepas patutnya abah nak renovate rumah sebelum aku kawin bulan 7..disebabkan aku nak kawin abah tangguhkan dulu katanya majlis lagi banyak nak pakai duit dan nak renovate rumah tu jugak pasal rumah lama paham2 jerlah tangga batu kiri kanan tinggi plak tu, anak buah plak sedozen..bila balik jer benjol sana benjol sini jatuh tangga..so ambik keputusan robohkan buat baru.. inilah hasilnya...


Budak baju merah tu tolong abaikan yer..anak buah aku rajin plak die nak menyapu time ni..hasil perancangan mak abah dan adik beradik untuk design rumah..simple and nice. Tak lah besar kecik jer. Tambah 2 bilik, ruang tamu dan beranda luar tu. Budget kecik so hasil pun kecik jer..Tema warna hijau dan putih..abah memang suka warna hijau dan putih..sampai marmar dari depan hingga dapur pun warna hijau. Dia kata nampak tenang dan bersih. Abah suka kami pun suka.


Pemandangan dari depan bentuk bersegi..aku suka bentuk rumah macam nie nampak kemas...Yang sebelah kanan tu bilik utama..dan sebelah kiri tu ruang tamu. Cermin Tingkap plak yang jenis tolak ke luar untuk bukak..Mak suka tingkap mcm ni..tapi yang susahnya nak pasang langsir sok, saper lagi akulah orangnya..nak panjat tinggi2 tu.


Cerita pasal pintu plak..Pintu ni abah yang nak colour dan design..Jiran2 semua pakai pintu colourr ala emas coklat, jadi abah tak moh sama dgn jiran2 abah pilih warna pintu putih nampak bersih dan kalo tak jaga nampak ler kotor..tunggu ler askar2 atok yas balik nanti ermm..tapi senang nak dibersihkan boleh lap jer cat jenis aper ek..aku pun tak tahu nama die. Alas kaki tu plak kakak aku buat nampak buruk sebab tu yang lama punya..tunggu raya aku letak alas kaki baru hikhik. nak tempah silalah mcm2 warna dan bentuk ada.

Tembok Pagar design semua abah yang nak..aku kurang setuju warna tembok nie..dah nampak hijau jer semua..sesuai ler tema Melaka Go Green!!! Landskap tak siap lagi..semua buat sendiri..tak ada upah2 nie dah over budget. aku kan balik tiap2 minggu uma mak so kena la cari idea mcm mana nak buat landskap kat depan uma. Rumput dah tanam bila la nak merebak tu..kurang2 setahun gak ah. Pasu2 tu sementara letak kat atas tu belum susun lagi..tengah cari idea dgn mak nak tanam aper kat tepi tembok tu..Any ideas??


Dekat tepi sudut nie aku cadang nak buat landskap jugak. tgh cari idea lagi..Ni bunga kesayangan mak aku kena letak tempat redup sebab bunga ni cepat mati kalo kena panas matahari..Nanti kalo dah siap landskap semua aku updated lagi..

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)