Thursday, May 19, 2011

Sedih dan Simpati

Mud hari nie --->sedih sangat



Masuk jer opis ari nie aku orang pertama sampai..dah bersemangat semula sebab ulser mulut yang buat aku derita minggu lepas dah baik sepenuhnya..alhamdullilah..sorang demi sorang member sampai, tapi tak macam dulu masa mula2 aku masuk 10.7.2009..unit yang selalu dihiasi gelak ketawa, riang, bising ada jer bahan nak digosipkan dan macam pasar la ari ni senyap dan suram sampai keseronokan bekerja dah tak ada, aku pun tak pasti kenapa..??//

Sebenarnya bukan nie yang aku nak cerita tu cuma selingan jer..salah sorang sahabat kami paling senior la dalam unit aku..kami panggil kak ros dah kira mcm mak sendiri juga di masukkan ke hospital Putra pagi tadi. Kami semua terkejut sebab die sehat..Luka kecil di  jari manis kaki membuatkan doc terpaksa potong  jari kaki sebab doc kata dalam dah teruk atau benyek memang tak boleh disimpan takut melarat. Aku pun tak pasti kencing manis tahap mana..Ya Allah sampai begitu sekali..sabar yer kak ros nie semua dugaan untuk mu..aku tak dapat nak tahan sebak masa kak ros call pagi tadi bagi tahu akak masuk hospital dan doakan untuk kesihatan akak yer sambil menangis..sebak nyer aku masa tu..

Sebenarnya hujung bulan nie kiteorang semua dah planning nak pergi holiday kat langkawi dengan member2 jer..kak ros yang paling excited nak pergi..aku join pun sebab die beria2 nak meramaikan lagi.. tak sangka boleh jadi macam nie.. hotel, transport semua dah booking dah bayar pun..Tak perlah kak ros kita hanya mampu merancang..tapi tuhan yang telah menentukan segalanya..saya doakan akak cepat sembuh..jangan putus asa dan anggap apa yang berlaku ini kerana dia amat menyayangi kita..

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)