Tuesday, May 24, 2011

Kisah Hidupku

Apa khabar semua...

Sebagai insan biasa punya hati dan perasaan, menghendaki dan menginginkan sesuatu adalah lumrah dalam kehidupan manusia. Semua orang ada cita2 dan impian..begitu juga aku insan kerdil yang mengharapkan kebahagian dalam hidup hingga keakhir hayatku..

Aku sangat bertuah dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan penuh kasih sayang..abis belajar dari sekolah tadika hingga ke tingkatan 5 dengan baik, sambung ke IPT , kemudian terus dapat perkerjaan yang baik, syukur alhamdulillah Ya Allah..begitu baik perjalanan hidup aku tanpa rasa susah dan derita. Lepas 2 tahun bekerja alhamdulillah seru untuk kawin dah sampai,aku telah di ijabkabulkan dengan seorang lelaki yang baik dan aku cintai setelah hampir 6 tahun kami berkawan. 

Tahun ni (2.7.2011) 1st Anniversary kami..sekejap jer masa berlalu..tapi aku rasa mcm baru jer kawin tahun lepas...Apa lagi yang dinginkan seorang perempuan mestilah memiliki suami yang baik, keluarga yang bahagia, kewangan yang stabil, kehidupan yang sempurna..itulah impian aku..tapi alangkah bahagianya jika semua impian tu dapat dikongsi bersama dengan orang baru dalam hidup kami..sehingga hari ini belum ada lagi berita gembira untuk kami..sedihnya..Kadang2 rasa iri hati tgk kawan2 yang seusia aku dah ada permata comel dalam hidup mereka. Aku jadi sebak dan kadang2 rimas dengan soalan cepu emas dari kawan2 dan sedara mara..saper yang tak nak!!! Bila rasa sedih aku pujuk diri sendiri mungkin awal lagi..sabarlah RosDiana.

YaAllah segalanya telah ko beri..tapi kau duga kami dengan dugaan ini. kami redha..mungkin belum rezeki kami untuk memilikinya..Aku tahu bukan aku sorang jer yang berperasaan mcm nie..mungkin ramai lagi diluar sana..cuma aku terlalu memikirkan sehingga kadang2 rasa tension..Aku akan tetap menunggu dengan sabar kerana aku percaya rezeki itu semua datang dari NYA..







p/s : Untuk en suami terima kasih kerana memberi sokongan..kerana dari matamu aku faham aper yang kamu inginkan..

2 comments:

liyana abu bakar said...

sabar la yana... doa banyak2 k

rosdiana said...

terima na..doakan untuk kami k

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)