Sunday, May 22, 2011

Jerawat Tak tumbuh lagi dan muka cerah berseri

Hai Semua..dah 2 ari aku tak updet blog nie..ari nie semangat plak nak updet blog yang baru nak menapak nie.. heeeiii dah lama aku tak kena puji..Perempuan manalah yang tak suka dipuji yer..penipu dan pembohong besarlah kalo ada pompuan2 yang tak suka kena puji..nak2 buah hati pengarang jantung yang puji..Kembang kempis hidung dibuatnya..

Baru lepas mandi tengahari tadi..hehe matahari dah tinggi baru nak mandi..maklumlah sunday blues kalo boleh lewat lagi..lepas siap2 nak makan tengahari pukul 3.30 petang sempat en suami tegur----->

En Suami Tanya : Anja muka anja dah bersih ek..cerah dan nampak tak pucat
Pn Isteri Jawab : yeke..selama nie memang bersih , cerah dan gebu jer 
En Suami Tanya Lagi : sebelum nie abg tengok ada jerawat dan bekas2 jerawat cikit..
Pn Isteri : Duit yang abg bagi bulan lepas tu anja beli produk baru (dengan selamba aku jawab sambil berlalu pg dapur hidang makan)

Sebenarnya sebelum nie muka aku memang tiap2 bulan mendapat kunjungan anak sang jerawat..jerawat akan timbul bila tiba jer masa nak merdeka. Rasa rimas aku tengok jerawat nie..memang tak teruk tapi sebab sebiji jerawat tu akan meninggalkan bekas kecil. Menyampah aku...please remove it from my cute face!! Kadang2 teringin nak gebu mcm si lisa suriani tu. 

Oh yer korang mesti nak tahu kan produk aper yang aku beli tu..sampai en suami puji. Mesti semua pernah dengar produk Mary Kay .Aku beli dari kawan satu opis.. kira dah sebulan lebih jugak lah aku guna produk nie. Kesannya muka dah tak tumbuh jerawat lagi, cerah dan lembap sepanjang masa..sukenyerrr..


Aku beli Cleanser dan Moisturizer jer..nak beli satu set belum mampu lagi hehe..nie pun aku pakai jimat2 tau pencuci muka bukan sahaja berfungsi sebagai pembersih tapi menanggalkan solekan. Pelembab die paling marvelous aku suka sangat!! ok kalo ada yang muka bermasalah mcm aku tu boleh la try pakai Mary Kay mana tahu sesuai jugak.


No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)