Tuesday, October 8, 2013

Sweet N3 (^_^)


Selamat malam semua.. 

Lamanya tangan ni tak menaip n3 kat blog..tetibe rasa baru belajar buat blog pulak.. tulis delete tulis delete hihihi.. Bukan merajuk..bukan membawa diri tapi sibuk dengan aktiviti harian yang sangat menyeronokkan. Rasanya ramai dah mengetahui yang aku dah bergelar mama..dan ada juga yang rasa terkejut...diam2 jer bila dia pregnant, low profile tup2 keluar baby.. Ramai yang PM fb aku menanyakan itu ini dan pelbagai soalan, apa yang mampu aku jawab semuanya sudah suratan dari Ilahi. Inilah perjalanan hidup manusia kita hanya merancang namun dia lebih mengetahui apa yang terbaik dan ia datang tepat pada masa dan waktu yang kita perlukan.

Pada mulanya bukan niat untuk merahsiakan dan tidak terdetik pun dihati untuk dibanggakan. Aku sentiasa beringat dan menjaga sensitiviti orang lain agar aku tidak mengguris hati sahabat2ku yang sedang berTTC. Kerana aku pernah melaluinya dan hingga kini aku masih lagi berTTC. Jangan dipersoalkan dari mana datang rezeki itu..semuanya adalah amanah dari ALLAH. Ianya hanyalah pinjaman untuk aku agar sentiasa lebih dekat kepadaNYA.

Aku tidak mahu kehadirannya membuatkan aku lupa dan terlena sehingga mengabaikan perasaan sahabat2ku..maaf andai aku tidak sengaja.. dan kerana terlalu gembira aku bercerita dengan penuh bangga akan kehadirannya. Insyaallah aku akan sentiasa menjaga perilaku dan kata2ku agar tidak mengguris hati sahabat2ku. Namun kehadirannya sangat bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Subhanaallah amanahmu sangat sempurna.. Tidak terucap dengan kata2. Ia bagaikan malaikat kecil yang hadir membawa kekuatan, sinar dan penyeri dalam hidup aku. Amanahmu akan aku junjung sehingga kesyurgamu.

Dah lama tak menulis..banyak cerita tentang perjalanan hidupku yang penuh dengan emosi, suka dan duka yang tak sempat nak dikongsikan bersama. 

Wednesday, June 26, 2013

KPSL N27::Hari ke 2 exam, hari ini adalah lebih baik daripada semalam




Minggu peperiksaan untuk mereka yang sedang mengambil KPSL N27. Semalam dah start paper pertama. Buat kali pertamanya aku mohon exam KPSL..tahun lepas memang sengaja tak nak mohon dengan alasan tidak bersedia dari segi mental dan fizikal. Tahun ni ajakkan kawan-kawan aku pun mohonlah sekali. Memang tak ada preparation langsung..berlagak mungkin sebab pikir open book, belek2 jer buku yang tebal tu dan semalam terus pergi ambik exam. Bukak jer soalan terus kepala rasa nak pitam..cari-cari jawapan tak jumpa..soalan apakah sampai begini!! tak sangka ada jugak soalan exam yang begitu susah macam ni!!!

Mungkin susah bagi aku dan senang bagi mereka yang dah buat persediaan..balik jer dari exam semalam tak boleh tido kena MIGRAIN yang teruk!!huhhhh dah lama tak rasa macam ni kepala rasa nak pecah..terus mintak en somi bawak pergi saloon cuci rambut. Lega cikit lepas amoi tu urut2 tengkuk, belakang badan dan ketuk2 kepala aku ni.. tak pasal2 cuci rambut jer RM19.00 kenapalah mahal sangat pulak huhu!!

Hari nie lebih tenang sedikit daripada semalam..mungkin first day terkejut agaknya..esok paper last, malam ni kena selak2 la cikit buku maklum ler paper LAW!! wish me luck!!!


Thursday, June 13, 2013

Checklist::Perancangan Pindah Rumah Pertama/Baru Kami



Rumahku syurgaku tempat berteduh didunia yang sementara..
Jangan tanya samada aku dan en suami dah buat keputusan atau belum untuk pindah atau sewakan. Walaubagaimanapun aku dah prepare checklist untuk rumah baru aku yang sangat simple dan budget. Manalah tahu kan nak buat persinggahan untuk hujung minggu ker..atleast tercapai jugak impian untuk deco rumah sendiri. Seriusly budget untuk pindah rumah memang tak banyak. Kami guna duit simpanan yang ada dan beli barang pelan-pelan sampailah penuh barang didalam rumah tu nanti InsyaAllah..Ini hanyalah perancangan kami dan yang bertulis "IMPIAN" maksudnya barang-barang tersebut mengambil masa untuk dibeli dan disediakan. 

Checklis::Perancangan Untuk Pindah Rumah Pertama/Baru Kami

1) Luar Rumah

  • Grill pintu utama
  • Car porch - Lampu (2 downlight) + wiring
  • Car porch - Tiles 
  • Naikkan pagar batu dinding tepi kiri dan kanan rumah (ganti pagar hijau)
  • Plug - 1
  • Getah Paip
  • Landskap - impian
  • Kunci mangga pintu pagar
  • Auto gate - impian
2) Dalam Rumah

a) Ruang Tamu + Ruang Makan 1
  • Grill tingkap (2 daun)
  • Lampu (8 downlight) + wiring
  • 2 biji kipas (5 bilah)
  • Plug - 3
  • Set sofa
  • TV cabinet dan TV LCD 
  • Carpet
  • Langsir + Railing (siang dan malam)
  • Hiasan (Frame/Cermin)
  • Meja makan 8 kerusi - impian
  • Lampu jurai besar - impian
  • Plaster ceiling bertingkat - impian
  • Air cond - impian
b) Ruang Makan 2 - Bahagian Dapur
  • Grill tingkap atas (1 daun)
  • Lampu hiasan jurai + wiring
  • Plug - 1
  • Meja makan (6 kerusi)
  • 1 biji kipas (3 bilah)
  • Hisan (Frame/Cermin)
c) Dapur Masak
  • Kitchen cabinet lengkap - ply nyatoh + Hob + Hood + Microwave - impian
  • Table top
  • Fridge
  • 1 biji Lampu Lekap + wiring
  • Plug - 3
  • Water  filter
  • grill tingkap (2 daun) dan grill pintu dapur
d) Bilik utama
  • Set katil (Almari + meja solek)
  • Langsir + Railing (siang dan malam)
  • Carpet
  • Towel hanger
  • Grill tingkap (3 daun)
  • 1 biji kipas (3 bilah)
  • Lampu (2 downlight) + wiring
  • Plug - 2
  • Penyangkut / penyidai
  • Aircond - impian

     Bilik 2 - kami memasang impian yang sangat tinggi insyaAllah ada rezeki kami  hiaskan  
     bilik ini untuk anak kami (doakan kami semoga impian murni ini termakbul amin)

     Bilik 3 - Bilik Tetamu
  • Set katil (Almari + meja solek) 
  • Penyangkut / penyidai 
  • Lampu (2 downlight) + wiring
  • Grill tingkap (2 daun)
  • Plug - 1
  • 1 Biji kipas (3 bilah)
  • Carpet 
  • Langsir + Railing (siang dan malam)
    Bilik 4 - Ruang kerja
  • Set Meja komputer dan kerusi
  • Almari buku
  • Carpet 
  • Hiasan
  • Kipas berdiri
  • Plug - 1
  • Lampu (1 downlight) + wiring
  • Grill tingkap atas (1 daun)
e) Toilet
  • Lampu kalimantang dan lampu lekap + wiring
  • Toileteries rack
  • Cermin
  • Tower hanger
  • Sliper toilet
  • Pemanas air - impian
f) Laundry
  • Mesin basuh 
  • Laundry basket
  • Tempat penyidai baju
g) Services
  • ASTRO - impian
  • Internet
  • TNB
  • SAMB
3) Ruang belakang rumah - 5 kaki
  • 1 biji Lampu kalimantang
  • Kunci mangga pintu pagar belakang
  • Naikkan pagar batu tutup penuh - impian
  • Dapur basah - impian
4) Lain-lain
  • Cat 
Rasanya cukuplah kot senarai yang ada ni..mungkin ada lagi yang terkurang sebab hanya perkara yang penting saja disenaraikan. Kalau dah buat senarai panjang macam ni nampak gaya bersemangat aku nak terus duduk hehe (^_^). 








Monday, June 3, 2013

Mutiara Kata::Motivasi Diri


Cuaca petang ini mendung semendung hati ini.. Aku hanya insan biasa yang tidak mampu menghalang kesedihan yang mengundang dan air mata mengalir tanpa aku pinta kehadirannya. Terima kasih Ya Allah memberi kekuatan dan ketabahan pada diri ini untuk meneruskan kehidupan dalam mencari keberkatan dan keredaanmu. 

Beberapa mutiara kata yang aku copy dari google untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat semua, In Sya Allah sedikit sebanyak memberi motivasi pada diri kita (^_^).









Aku masih lagi terus menunggu sesuatu yang pasti akan KAU berikan. Sekiranya tidak, redhakanlah hatiku , berikanlah kebahagian dan tabahkan hatiku untuk meneruskan kehidupanMU yang sementara ini. Amin.

Friday, May 24, 2013

Dekorasi::Kabinet Dapur Idaman


Nampaknya hari ni satu hari aku mengadap belog..nilah padahnya sekian lama tak updated, hari ni macam-macam perkara nak dikongsi. Hari ini aku nak berkongsi cerita pasal kabinet dapur idaman aku, since last year masa dah confirm beli rumah, perkara utama yang aku buat survey kabinet dapur kelakar pun ada. Gambar kabinet dapur ni sejak tahun lepas lagi aku dah simpan buat angan-angan.

Aku sukakan rumah gaya english jadi aku memang berangan-angan kalau dapat kabinet dapur hitam putih macam ni. Gambar ni aku pinjam dari sini hias.com. Cantik design yang tuan rumah ni pilih simple but nice. Buatan dari kayu nyatoh.. Aku berangan sangat kalau tak dapat macam ni seiras-iras macam ni pun jadilah walaupun kualitinya tak sama.

 

Table top dari jubin hitam dengan backsplash bercorak batu-bata hitam menyempurnakan gaya yang ditonjolkan


Kekotak peti sejuk dan pantri di bahagian bersebelahan. Lihat juga bagaimana dapur boleh menjadi tempat memasak dan mempamerkan hiasan dalam masa yang sama

Warna kedua menjadi pilihan aku  warna cream. Design yang aku suka bukan macam ni..tak mampu lagi nak buat kabinet dapur macam ni. Ini cuma contoh warna yang aku suka. Sebab en suami akan bagi alasan kabinet putih cepat kotor.  So senang dah ada 2nd  choice.

Kitchen cabinets natural maple and quartzite counter top

Warna ketiga menjadi pilihan aku hitam seakan coklat, inilah warna kabinet dapur yang paling selamat bagi aku. Design macam ni pun cantik harga pun mestilah cantik.


Vivid Classic Kitchen Cabinet listed in: classic Kitchen Ideas   classic kitchen matter and then classic Kitchen Pictures matter

Aku pun pelik banyak-banyak perkara kabinet dapur yang selalu menjadi angan-angan aku. Rasanya bukan aku sorang jer kot yang berperangai pelik macam ni..semua ibu-ibu kat luar sana ada kabinet dapur idaman mereka masing-masing semuanya atas dasar kemampuan.

Bagi aku selain daripada design atau warna, material adalah perkara asas yang sangat penting semasa membuat pemilihan kabinet dapur, yang penting tahan lasak dan terhindar daripada pelbagai punca kerosakkan.

p/s: one day your dream come true!!


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)